Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Pasukan Bola Sepak Malaysia Raih Semula Keyakinan

Posted on December 9, 2009 by Sabri Ahmad

VIENTIANE – Skuad bola sepak kebangsaan meraih tiga mata yang diperlukan dalam misi untuk ke separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA apabila menang 4-0 ke atas Kemboja di sini, semalam.

Bangkit pada separuh masa kedua memastikan kemenangan besar buat skuad K. Rajagobal selepas dikekang lawan dalam babak pertama.

Barisan serangan yang tumpul dan jarang melakukan gerakan menarik, menyebabkan skuad negara terpaksa menunggu sehingga minit ke-35 untuk menghasilkan gol pembukaan menerusi Abdul Manaf Mamat

Jaringan itu menjadi detik kebangkitan buat Malaysia apabila giliran Norshahrul Idlan Talaha menokok gol kedua pada minit ke-76.

S. Kunanlan meledak gol ketiga pada minit ke-81 untuk memastikan Malaysia terus selesa sebelum Shafiq Rahim menamatkan permainan menerusi jaringan penalti pada minit ke-85.

Kemenangan 4-0 itu merupakan bekalan terbaik untuk bertemu Thailand pada Jumaat ini yang mana skuad kebangsaan perlu menang untuk layak ke separuh akhir.

Rajagobal yang lega dengan kemenangan tersebut berkata, kejayaan membenam Kemboja melonjakkan semangat pemain setelah kalah 1-3 kepada Vietnam, kelmarin.

“Kita telah mendapat bekalan terbaik apabila bertemu Thailand nanti.

“Jadi, jika kita mahu ke separuh akhir, inilah peluangnya dengan mengalahkan Thailand.

“Memang kita akui Thailand sebuah pasukan yang baik, tetapi kemenangan ke atas Kemboja ini membuktikan kita tidak kurang hebatnya berbanding mereka,” katanya.

Perlawanan yang dijangka mudah semalam, sebaliknya hampir bertukar detik malang apabila Kemboja mempamerkan permainan bertenaga dan acap kali mencemaskan benteng pertahanan skuad negara pada babak pertama.

Barisan serangan skuad negara kurang bermaya akibat ketiadaan Zaquan Adha Abdul Razak yang digantung kerana menerima kad merah ketika kalah kepada Vietnam.

Gandingan Norshahrul Idlan Talaha, Abdul Manaf dan S. Kunanlan gagal memberi tekanan serius kepada benteng pertahanan lawan.

Jaringan Abdul Manaf mencetuskan sedikit peningkatan mutu permainan apabila dia mudah menewaskan penjaga gol Kemboja, Samrith Seiha selepas mendapat hantaran jauh dari bahagian pertahanan.

Asakan bertali arus Kemboja hampir membawa padah kepada skuad kebangsaan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-44.

Pemain Kemboja, Kouch Sokumpheak berjaya meletakkan bola ke gawang hasil penalti yang mengelirukan Mohd. Sharbinee Allawee.

Namun, pengadil dari Maldives, Saleem Ali mengarahkan Sokumpheak melakukan sekali lagi sepakan penalti dan Mohd. Sharbinee tidak melakukan kesilapan apabila tepat mengagak sepakan penalti kedua.

Mohd. Sharbinee sekali lagi menyelamatkan gawang daripada dibolosi apabila kemas menepis sepakan bebas pemain lawan pada minit ke-64. – Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 thoughts on “Pasukan Bola Sepak Malaysia Raih Semula Keyakinan”

  1. Motivasi Kerja says:
    December 10, 2009 at 8:57 pm

    Sabri saya sebenarnya suka dengan bola sepak. Tetapi perkembangan bola sepak Malaysia begitu mendukacitakan saya. Sebenarnya Malaysia mempunyai potensi dalam sukan ini, tetapi untuk bangkit sepeti kelab-kelab dunia rasanya jauh sangat kerana semangat sukan kita pun masih berlum setanding dengan dunia. Masalah pengurusan, campur tangan mereka yang tidak arif tentang bola, masalah gaji pemain itu semua adalah perkara-perkara yang perlu diperbaiki sebelum kita bangkit mencintai bola sepak.

  2. Sabri Ahmad says:
    December 11, 2009 at 12:50 am

    sama aaaa…dulu minat bola…sekarang semua bola tak minat 🙂

  3. Faisal Abdullah says:
    December 16, 2009 at 2:26 pm

    Insya-Allah,jika Malaysia terus berusaha dan menggunakan posisi menyerang,ada peluang untuk menang..

    Malaysia kuat dalam menyerang tetapi lmh dalam bertahan

  4. Motivasi Kerja says:
    December 17, 2009 at 6:21 am

    Mudah-mudahan begitulah. Yang selalunya berlaku Malaysia main acuh tak acuh je masa Final. Selalunya begitulah. Harap-harap kali ni main betul2..hehe

  5. dell says:
    January 5, 2010 at 12:15 pm

    Sekiranya semua pemain2 Malaysia mempunyai ketinggian sekurang2nya 175cm ke atas serta susuk badan yg tegap,skil dan corak permainan yg mantap,pasti pasukan2 Eropah pun gerun dgn pasukan Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme