Semalam Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemilihan Datuk Arif Shah Omar Shah sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini yang akan menentang Datu Seri Anwar Ibrahim dari PKR.
[ad#advertlets]
SPR telah menetapkan hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008.Pilihanraya kecil diadakan selepas penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga presiden PKR, meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen kawasan itu bagi memberi laluan kepada suaminya Anwar.
Tahniah kepada wakil-wakil BN dan PKR yang akan bertanding.Semoga perjalanan pilihanraya akan berjalan dengan baik tanpa unsur keganasan dan adil.Bagi yang berjaya jalankan tugas dengan baik demi penduduk di Parlimen Permatang Pauh khususnya dan negara Malaysia khasnya.
