Kalau sebelum ini anda dihidangkan dengan juadah fesyen kad raya sudah berubah.Rintihan dari kisah itu saya menghidangkan antara menu-menu (sms ucapan hari raya) yang saya terima di handfhone/telefon bimbit.Tentu anda semua juga menerima sms ucapan hari raya.Paling tidak pun dengan ucapan Selamat Hari Raya , Maaf Zahir & Batin.
[ad#advertlets]
Tangan dihulur maaf dipinta,Erat hubungan sesama kita,Semoga gembira di hari yang mulia ini,Salah dan silap harap dimaaf,Selamat hari raya aidilfitri , maaf zahir dan batin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf sekiranya ada tersilap,terkerek,terover,terkurang,terpoyo dan semua ter lagi.0-0 aaa.
Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.
Katak kenyang lalu tertidur,Gajah pitam lantas terjatuh,Andai tak sampai tangan menghulur,Ku pohon keampunan dari jauh.
Seiring salam seharum ganja,kasih sebening heroin,dengan hati seputih syabu,walaupun ada dosa sekecil extacy.Selamat hari raya,maaf zahir dan batin.
Satu Syawal menjelang tiba,Takbir bergema mengegarkan jiwa,Sekiranya ada salah dan dosa,Ampun dipinta dihari mulia.Selamat hari raya maaf zahir dan batin.
Gemersik takbir mengundang hiba,Salam diutus tanda ingatan,Syawal dinanti menjelang tiba,Salam diutus pohon kemaafan.Maaf zahir dan batin.
p/s : Masih menyimpan sms ucapan hari raya ? Kalau tidak keberatan boleh kongsi dengan kami semua dengan mencatit di ruangan komen.
cahaya ramadam berlalu pergi, menyambut tibanya aidilfitri, Ampun maaf segala peri, Semoga ikatan kekal dihati. Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.
Takde pantun
Takde ayat best
Takde duit raya
Hati2 dijalan raya
Selamat Hari Raya
slmt hri raya di seluruh umat islam di malaysia bersalam salaman di hari yang mulia ini bye saye nak balik kampung bye selamat hari raya aidilfitri
dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
sebulan sudah kita menanti,
akhirnya aidilfitri akan menjelang…
yeah….raya!!!!!
Begitu indah kata sebuah maaf ! Maka izinkan hati ini mengucapkan minnal aidin wal faidzin mohon maaf lahir dan bathin ;))