Bila tiba hari raya , ramai dikalangan kita menghantar kad hari raya konvensional sebelum adanya teknologi sms .mms dan e-kad .Kad hari raya di hantar sebagai penganti diri sebelum bertemu samada kepada kekasih , kawan , sanak saudara , ibubapa , pekerja , majikan dan sebagainya.
Kini kad hari raya konversional semakin dilupakan dengan kedatangan teknologi sms , mms dan e-kad.Mengikut pemerhatian saya dikedai-kedai yang menjual kad hari raya konversional semakin merundum pembelinya.Kalau sebelum ini , kad hari raya konversional seperti pisang goreng tapi sekarang seperti pisang sejuk :).Pada masa itu , kedai-kedai dan syarikat penghantaran terutama Pos Malaysia mengaut keuntungan.Kini mereka tidak dapat mengaut keuntugan dengan kedatangan hari raya.
[ad#advertlets]
Penyebab utama mengapa orang lebih suka menghantar sms , mms dan e-kad kerana cepat dan murah.Tapi bagi saya . kad hari raya konvensional mempunyai identiti tersendiri.Penerima/penghantar kad hari raya konvensional akan merasa lebih nikmat bila menerima/menghantar kad hari raya.Lebih-lebih lagi kalau penghantar/penerima adalah sepasang kekasih.
Mungkin pada suatu hari nanti , kad hari raya konvensional tidak akan wujud dimuka bumi ?
