Sekarang isu Palestine menjadi isu utama di Malaysia dan dunia.Saban hari ada sahaja rakyat Palestine gugur di medan perjuagan.Alhamdulillah rakyat Malaysia begitu prihatin dengan penderitaan yang ditanggung rakyat Palestine.Semoga Allah S.W.T memberi kekuatan kepada rakyat Palestine untuk terus berjihad dijalan Allah S.W.T.
Bermcam-macam cara digunakan untuk menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kekejaman Israel.Ada yang membuat demontrasi jalanan dan sebagainya.Bagi blogger Malaysia pula , ramai yang menulis artikel-artikel mengutuk dan boikot produk Israel dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat.
Aku baca artikel yang ditulis oleh saudara Rohaizad mengenai produk-produk yang perlu di boikot.Ramai yang memberi komen menyokong.Satu komen yang aku tertarik untuk dikongsi :
Komen oleh cencurut : Boikot Dell Computer dan Symantec Antivirus … dua-dua nie produk Yahudi..Micheal Dell banyak sponsor duit kat Israel…
Symantec Antivirus HQ dia kat Israel (walaupun dia tulis HQ kat USA).
Aku sekarang menggunakan komputer Dell ? So apa yang aku perlu lakukan ? Rupa-rupanya banyak produk Israel yang sudah melekat di badan kita.
