Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada mereka yang belum lagi menganut agama Islam.Hari ini kita menyambut tahun baru dalam kalender islam iaitu 1430 Hijrah.Bersyukur aku kepada Dia Yang Maha Esa kerana di beri kesempatan untuk menyambut Maal Hijrah 1430H.
Hijrah memberi maksud “perubahan”.Aku tidak akan berubah dari seorang blogger kepada bukan seorang blogger.Tetapi aku akan terus kekal sebagai seorang blogger.Bagi seorang blogger seperti aku.Aku mempunyai 2 perubahan yang ketara iaitu :
- Aku akan jadi lebih bertanggungjawab kepada DIA.
- Aku akan memastikan apa sahaja yang aku lakukan adalah yang terbaik untuk peminat aku ( mungkin mengalahkan Mawi & Ekin ) lebih-lebih lagi dalam bidang yang aku pandai untuk terbitkan buletin komputer dan internet.
Salam Maal Hijrah 1430H kepada semua blogger . pelawat dan penganut agama Islam.
