Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, beliau sudah pun berulang kali melaungkan amaran mengenai politik wang, malangnya lebih banyak aduan diterima kali ini berbanding pemilihan UMNO empat tahun lalu.
“Saya tidak ingat jumlahnya secara tepat tetapi rasanya sudah lebih 900 aduan mengenai politik wang diterima setakat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.-Utusan
————————————————————————————————–
Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi amaran kepada ejen pelobi, pengurus kempen dan perayu undi calon-calon pemilihan UMNO yang berada di hotel-hotel sekitar ibu negara dan negeri-negeri supaya pulang ke bahagian masing-masing sebelum dikesan oleh pemantau serta dikenakan tindakan.-Utusan
————————————————————————————————–
Mengapa ramai yang ingin memegang jawatan dalam politik ? Adakah mereka ini benar-benar ingin berkhidmat untuk masyarakat.Adakah mereka inginkan kuasa dan seterusnya menghasilkan kekayaan.Ramai orang kata , kalau dah dapat kuasa pasti duit datang macam air ! .Ramai orang kata , kalau dapat pegang kuasa sekali sahaja , duit cukup untuk semumur hidup !
[ad#advertlets]