Sedang atlet sukan sedang berperang di Beijing dalam sukan Olimpik , Rusia dan Georgia pula sedang berperang di arena perang yang sebenar.Sukan olimpik mempertaruhkan hadiah dan piala manakala Rusia dan Georgia mempertaruhkan nyawa rakyat yang tidak bersalah.
Peperangan ini berlaku ekoran tindakan ketenteraan Georgia untuk menguasai semula Ossetia Selatan yang pro Russia apabila melancarkan serangan udara, roket dan kereta kebal ke atas Tskhinvali.Ekoran dari serangan tersebut pihak Rusia telah menawarkan genjatan senjata namun Georgia telah didakwa melanggar genjatan senjata.
Sikap degil Georgia yang tenteranya dilatih Amerika Syarikat , telah memaksa pihak Rusia membalas serangan.Pihak Rusia juga telah memperhebatkan pengebomannya terhadap Georgia semalam termasuk menyerang ibu kota Tbilisi.Pesawat-pesawat perang Rusia tidak segan silu mengugurkan peluru-peluru yang tidak diketahui jumlahnya Inflatable Water Game.
[ad#ads-post]

Moga-moga peperangan seperti tidak akan pernah berlaku di Malaysia.Setiap masalah boleh diselesaikan jika masing-masing bertolak ansur.Peperangan tidak akan mendatang keuntungan sebaliknya kemusnahan.Yang akan akan terus terseksa adalah rakyat yang tidak bersalah.
