Dah baca post aku cabar diri aku sendiri untuk lawan rangking alexa knizam punya blog.Beliau pun dah menyambut dengan baik sekali dan siap bagi tempuh kat aku 2 bulan untuk mencapai 500k.Ok kita tengok siapa yang menang ok.Kalau Obama boleh mengalahkan Mc Cain.Aku pun boleh mengalahkan knizam tapi tempoh berkempen aku cuma 2 bulan.
Baiklah kita tinggalkan isu cabar mencabar k.Tentu kamu semua keluar air liur kalau dapat duit RM10.5 juta tu kan.Sebenarnya duit tu bukan untuk kau dan jauh sekali untuk aku.Duit RM10.5 juta ini untuk :
Kerajaan membayar ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan lima lagi bekas hakim kanan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, bayaran tersebut adalah Tun Salleh berjumlah RM5 juta, Tan Sri Azmi Kamaruddin (RM2juta), Tan Sri George Edward Seah Kim Seng (RM2juta) dan yang lain iaitu Tan Sri Wan Hamzah Mohd. Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh berjumlah RM500,000 setiap seorang-Utusan
[ad#advertlets]
