Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Kejamnya Manusia

Posted on October 27, 2008 by Sabri Ahmad

Manusia oh manusia , adakah Allah S.W.T mencipta kamu untuk melakukan kekejaman.Tidak sama sekali ! Jika kamu ingin menegak kebenaran sekali pun jangan bertindak terlalu kejam.Dimana sifat perikemanusian ?

[ad#advertlets]

KANDAHAR 26 Okt. -Seorang petani yang dituduh sebagai perisik kerajaan dan tentera antarabangsa telah dicungkil matanya oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai pejuang Taliban.

Petani dari wilayah Helmand itu, Sayed Ghulam memberitahu, matanya dicungkil dengan pisau lewat Khamis lalu di depan ahli keluarganya.

Beliau bagaimanapun enggan memberitahu siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam tersebut.

Menurutnya, beberapa orang lelaki telah mengheretnya keluar dari rumah sambil menuduh dia sebagai pengkhianat.

“Selepas diheret kira-kira 20 meter dari rumah saya, mereka memegang tangan dan terus mencungkil mata saya.

“Saya berasa sangat sakit dan dunia kemudiannya bertukar menjadi gelap,” kata Sayed dari atas katil hospital tempat dia dirawat di bandar Kandahar ini.

Menurutnya, isteri dan anak-anak hanya mampu menjerit melihat kejadian itu.

Sementara itu, jurucakap kerajaan wilayah Helmand, Daud Ahmadi mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh anggota Taliban yang bergerak aktif di wilayah itu.

“Mereka telah membunuh ramai orang yang tidak berdosa seperti para petani, kanak-kanak dan wanita kerana menuduh mereka terlibat dalam kerjakerja perisikan.

”Namun kali ini mereka bertindak kejam terhadap seorang petani miskin yang tidak berdosa,” kata Daud.

Taliban sebelum ini pernah memancung kepala serta memotong telinga dan hidung penduduk yang dituduh menjadi tali barut kerajaan.- Utusan/AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp