Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Jerman Bawa Pulang Emas Yang ‘disimpan’ di Amerika Syarikat

Posted on February 13, 2017 by Sabri Ahmad

NEW YORK 12 Feb. – Jerman berjaya membawa pulang kesemua 272,155 kilogram emas bernilai kira-kira AS$13 bilion (RM57.7 bilion) yang ‘disimpan’ di Amerika Syarikat (AS) semasa Perang Di­ngin.

Bank Pusat Jerman, Bundesbank memberitahu, sebanyak 100,698 kilogram emas telah dibawa pulang daripada Rizab Persekutuan New York pada tahun lalu.

Menurut laporan portal Dailymail, emas-emas berkenaan adalah milik Jerman Barat (kini Jerman) hasil lebihan dagangan pada 1950-an dan 1960-an namun tidak pernah dibawa keluar dari AS kerana bimbang jika berlaku pencerobohan Soviet Union.

Pada 2013, Jerman menggerakkan usaha memindahkan emas-emas dari New York serta 339,287 kilogram emas lagi dari Paris ke Frankfurt.

Bank itu juga mengambil semula 95,254 kilogram emas dari Paris pada tahun lalu namun masih terdapat 82,553 kilogram emas yang perlu dipulangkan dan bercadang untuk membawanya pulang pada tahun ini.

Sebaik sahaja pemindahan itu selesai, Frankfurt akan menyimpan sejumlah 3.06 juta kilogram emas manakala selebihnya disimpan di New York dan London.

Ahli Lembaga Pengarah Bundesbank, Carl-Ludwig Thiele berkata, pemindahan dilaksanakan tanpa sebarang gangguan dan tiada pemindahan lagi akan dilakukan selepas itu.

Pada 31 Disember tahun lalu, terdapat 1.12 juta kilogram emas milik Jerman di New York iaitu sebanyak 36.6 peratus daripada jumlah keseluruhan emas negara ini.

The Bank of England di London menyimpan 391,904 kilogram emas selepas Bundesbank membawa pulang kira-kira 771,107 kilo­gram emas dari London antara 1988 dan 2001.

Semasa Perang Dingin, Jerman Barat menyimpan emas miliknya di luar negara kerana bimbang jatuh ke tangan Soviet.

Kredit : http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jerman-bawa-pulang-emas-1.443651

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (603)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (133)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Drama Bersiri Squid Game Dijadikan Kad Gold Game Public Gold
  • Enam Kelebihan Utama Simpanan Emas
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme