Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Minyak Turun Lagi Akhir Bulan Ini

Posted on October 26, 2008 by Sabri Ahmad

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak hari ini membayangkan kerajaan akan menurunkan lagi harga petrol dan diesel akhir bulan ini berikutan trend penurunan harga minyak dunia ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, Kabinet menyerahkan kepada exco Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membuat keputusan berhubung harga baru itu.

“Tunggulah, kita dah janji bahawa kalau harga minyak dunia turun, maka harga minyak petrol dan diesel tempatan akan melambangkan harga pasaran minyak yang sebenarnya.

“Bagilah sedikit masa untuk kerajaan membuat keputusan, kabinet telah memberi mandat kepada exco Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri untuk membuat keputusan sekiranya harga minyak dunia semakin menurun, maka minyak tempatanpun akan turun,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada bakal haji Parlimen Pekan, di kediamannya di sini.

Ditanya sama ada kerajaan mungkin mengumumkan harga baru petrol dan diesel pada 30 Oktober atau 1 November ini seperti kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad semalam, Najib berkata:

“Tak bolehlah bagi tahu, tapi biasanya tak lama kita akan buat keputusan…lebih kurang begitulah (tarikh umumkan harga baru itu), tertakluk bila mesyuarat (Majlis Ekonomi) nanti.”

Harga minyak dipam turun tiga kali sejak Ogos lalu, iaitu pada 23 Ogos, 24 September dan kali terakhir 15 Oktober.

[ad#adsense468x60]

Harga petrol Ron97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol Ron92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20. Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.

Ditanya kemungkinan harga petrol dan diesel diturun ke paras harga bawah RM2, Najib sambil ketawa berkata: “Tunggu dululah (pengumuman harga baru itu).”

Ditanya mengenai trend penurunan harga petrol dan diesel ini dilihat tidak menjurus kepada penurunan harga barang, Najib berkata kerajaan sedang mengambil beberapa langkah untuk mengatasi perkara itu.

“Kita sedang berusaha, beberapa langkah termasuk bekerjasama dengan pasar raya besar (dan) pengeluar. Pemilik pasar raya besar bersetuju memberi penurunan harga kepada beberapa barangan dan produk yang akan diumumkan sehari dua ini,” katanya.

Mengenai kesan penurunan harga komoditi sawit dan getah kepada peneroka, Najib berkata kerajaan memberi jaminan bahawa pendapatan peneroka tidak akan turun di bawah paras RM1,000 sebulan.

“Sebelum ini, mereka mendapat purata (pendapatan) tinggi antara RM3,000 dan RM4,000 (sebulan), satu aspek kita harap mereka ada mengamalkan amalan menabung, mereka ada rezab sedikit bagi menghadapi zaman harga menurun.

[ad#advertlets]

“Kita ada langkah seperti memberi bonus yang saya umumkan (sebelum ini), bonus RM700 hingga RM2,000 (diberikan) Disember ini, langkah lain bagi menggalakkan peneroka mengambil bahagian dalam aktiviti lain seperti berniaga, kraftangan, bercucuk tanam dan sebagainya, tidak bergantung kepada sawit dan getah untuk pendapatan mereka,” katanya.

Menjawab soalan mengenai langkah menghadapi kesan krisis ekonomi global, Najib berkata beliau akan mengumumkannya pada sesi penggulungan di Dewan Rakyat, 4 November ini. – Bernama / Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp