Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Purata RM720 Setiap Seorang Sebulan

Posted on October 22, 2008 by Sabri Ahmad

Mampukah anda mengirim wang kepada keluarga sebanyak RM720 sebulan ? . Pertanyaan ini timbul bila saya membaca berita mengenai pekerja asing kirim wang RM9.1 bilion sehingga Jun dalam Berita Harian online.Rasa malu pulak pada diri sendiri , orang asing yang datang menumpang di Malaysia boleh mengirim wang sebanyak itu kepada keluarga.Tapi kita ? .

Walaupun keluarga ( ayah dan ibu ) tidak mengharapkan balasan seperti itu , kita seharusnya mengorbankan sedikit pendapatan kita untuk menampung kehidupan mereka.Lebih-lebih lagi ibubapa yang tidak mempunyai pendapatan tetap.Hulurkan bantuan sekadar mampu walaupun RM50/bulan.

[ad#advertlets]

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata jumlah pengiriman wang oleh pekerja asing ke luar negara mencecah RM9,124 juta sehingga akhir Jun lalu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata mereka dianggarkan mengirim ke luar negara kira-kira RM18.1 bilion bagi tempoh keseluruhan tahun ini.

“Sehingga 31 Julai tahun ini, 2.1 juta orang pekerja asing di negara ini mengirim pulang purata RM720 setiap seorang sebulan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-Tenggara) yang bertanya mengenai tindakan kerajaan untuk membendung masalah pengaliran wang ke luar negara pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

“Kedudukan rizab negara yang kukuh bagaimana pun dapat menampung jumlah kiriman wang ini yang hanya 4.7 peratus daripada jumlah rizab semasa,” katanya.

Beliau berkata kerajaan akan sentiasa memantau aliran wang ke luar negara oleh pekerja asing melalui institusi kewangan yang menyediakan perkhidmatan pengiriman wang.

Di samping itu, katanya kerajaan juga akan melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan jumlah pekerja asing di negara ini di antaranya memperkenalkan Sistem Berasaskan Industri (IBS) dalam sektor pembinaan.

Katanya, kerajaan telah menetapkan sasaran pengurangan jumlah pekerja asing seramai 400,000 orang setahun mulai tahun 2008 hingga 2010 dengan tumpuan diberikan kepada sektor perladangan dan pembuatan.

Najib juga berkata kerajaan tidak bercadang untuk mengenakan levi atau cukai ke atas kiriman wang pekerja asing ini kerana sumbangan tenaga mereka turut memangkinkan perkembangan aktiviti ekonomi negara melalui penglibatan mereka terutamanya dalam sektor perladangan dan pembuatan.

Setiap kenaikan satu peratus jumlah pekerja asing, katanya akan meningkatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebenar 0.19 peratus. – Bernama / Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme