Ar-Rahnu merupakan skim pajak gadai secara Islam di mana bank memberi pinjaman berdasarkan prinsip Syariah Al-Qardul Hassan dan pelanggan mengemukakan barang kemas sebagai cagaran.Barang kemas tersebut disimpan mengikut prinsip Al-Wadiah Yad Dhamanah dengan mengenakan upah simpan.
Kelebihan Skim Ar-Rahnu.
- Pembiayaan mengikut Syariah.
- Cepat, mudah dan selamat.
- Lebih murah.
- Kadar upah tetap tidak berubah sehingga penebusan penuh.
- Tempoh gadaian lebih lama.
Kelayakan Pemohon.
- Terbuka kepada semua individu warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas.
Had Gadaian.
- Maksimum RM 50,000 @ RM 10,000 sehari.
- Minimum RM 100.
Jenis Barang Gadaian.
Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti :
- Rantai.
- Subang.
- Cincin
- Gelang tangan dan gelang kaki
- Keronsang
- Duit syiling emas dan emas keping
- Lain-lain.
*Emas paun dan emas putih (platinum) tidak diterima oleh Bank.
Kadar Upah Simpan.
| Nilai Barang Kemas | Margin Pinjaman | Kadar Upah Sebulan | Upah Simpan Sebulan |
| RM 100 | 50% | RM 0.50 | RM 0.50 |
| RM 100 | 60% | RM 0.60 | RM 0.60 |
| RM 100 | 70% | RM 0.75 | RM 0.75 |
Penebusan Gadaian.
- Penebusan gadaian boleh dibuat secara ansuran atau.
- Sekaligus atau pada bila-bila masa sebulan atau pada tarikh matang.
Cara Memohon.
- Isi borang permohonan.
- Satu salinan Kad Pengenalan.
- Barang kemas yang hendak digadai.
- Hantar ke kaunter Ar-Rahnu untuk pemerosesan dan dapatkan tunai segera.
* Tertakluk kepada syarat dan peraturan tanpa sebarang notis.Maklumat lanjut sila layari www.agrobank.com.my
Dear Sir,
Saya bukan warga negega Malasia tapi dari Indonesia dan bekerja di Kuantan sudah hampir 3 tahun, saya ingin mepajak gadaikan emas jongkang di Ar-Rahnu ada diperbolehkan?
Terimaksaih
saya tak pasti tapi tuan/puan boleh cuba
Assalamualaikum,
encik saya nak tanya bank mane yg lebih bagus untuk memajak emas.
Agro bank @ bank rakyat.
thanks
setakat info yg saya tahu bank rakyat hanya terima jewellery sahaja , so sekarang agro bank
tq atas info ini…. sangat berguna
salam tuan,
kalau silver mcamana pula? kan sekarang ni silver pun naik byk drpd emas
Salam, berapa harga pasaran emas semasa pergram? dan berapa pulak harga emas semasa agro bank? tq
salam..btul ke gold bar skrg x diterima di agro bank…
Salam,sy berminat utk membeli emas lama dan surat pajak sesapa blh bantu.tq
kalau saya nak pajak gelng lebih rm1ooo tp bwah rm2000 boleh dekat bank maner?
Salam..cuma nk btanye..ar-rahnu agrobank terima x dinar public gold ye utk dipajak…tq
buat masa sekarang belum terima untuk sebarang goldbar dan dinar
salam… lau sy nak gadai wat pertama kali brape margin dia? n upah simpan brape yer? sbb kat bank rakyat dlm rm50 sebulan
ade beberape soklan yg musykill ni…
1-klo xde resit pembelian skrg brg kemas xboleh pajak kat agrobank ker?
2-klo xdpt bayo hutang pajak brg kemas tu lepas 6 bln boleh ke sambung period dengan hanya bayo upah simpan aje?