Pengenalan Bahasa Mandarin dan Tamil di peringkat sekolah rendah rasanya tidak akan membebankan pelajar. Pada pandangan saya wajarlah kedua-dua bahasa ini di ajar di peringkat darjah satu lagi..Kerajaan juga telah menggariskan bahawa matapelajaran Bahasa Mandarin dan Tamil akan diperkenalkan di sekolah kebangsaan di bawah Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK-9).
Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai penduduk yang berbilang bangsa dan bahasa ini, adalah wajar bagi kita memahami bahasa kaum-kaum lain..Saya sendiri akan mula mengambil kursus Bahasa Mandarin dan seterusnya Bahasa Tamil. Mudah untuk kita berurusan dan peluang untuk menceburi pekerjaan dalam apa jua bidang sekalipun, rasanya tidak akan ada masalah. Rugi lah rasanya kalau tak pandai Bahasa Mandarin dan Tamil..Bila kita berada di sekeliling kaum Cina dan India, kita tidak tahu apa yang mereka bualkan. Kalau mereka mengata kita pun kita tak tau kan..
[ad#advertlets]
Kalau tutup Sekolah Jenis Kebangsaan lagi baik rasanya, semua kaum diletakkan dalam Sekolah Kebangsaan dan di ajarkan semua matapelajaran bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil. Banyak kelebihannya, kemesraan di antara kaum juga dapat dieratkan. Di mana kini kita tengok jurang di antara kaum di Malaysia kini semakin jauh. Bila dah tiada keakraban ini banyak kemungkinan negatif yang akan berlaku. Kita yang selama ini hidup dalam keamanan rasanya tentu sayang kan kesejahteraan yang kita kecapi hingga ke hari ini.
[ad#adsense468x60]
Rasanya tidak adil juga kan, orang Cina dan Tamil tahu bahasa orang Melayu, tapi kita???. Tidakkkah kita juga yang rugi kan.? Oleh itu, saya saran kan pada kalian semua agar mulalah sedar bahawa mempelajari Bahasa Mandarin dan Tamil adalah penting bagi setiap orang Melayu di Malaysia ini.. Sama-samalah kita belajar bahasa kaum Cina dan India ni ye..Demi menaikkan martabat kaum Melayu kita sendiri.
p/s: Kekadang saya tertanya-tanya gak, PM dan TPM kita tahu ke Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil ekk? 🙂
ada masa sila lawat blog saya mengandungi bahasa mandarin.
http://bunyi.blog.com/
terima kasih