Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Jawapan Tan Sri Muhyiddin Yassin

Posted on October 20, 2008June 21, 2016 by Sabri Ahmad

“Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia”.Selanjutnya di Pak Lah kecewa.Kenyataan ini dituju kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin yang bakal menjawat jawatan sebagai Timbalan Presiden tidak lama lagi.

Ekoran kenyataan tersebut , Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi kenyataan yang beliau tidak bermaksud mempertikai peralihan kuasa yang bakal dilakukan pada bulan Mac 2010.Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang saya petik dari Bernama.

[ad#advertlets]

KOTA KINABALU, 19 Okt (Bernama) — Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti Mac depan, berkata beliau sentiasa menghormati pelan peralihan kuasa yang telahpun dipersetujui dan mengulangi bahawa ulasan yang dibuatnya semata-mata berkaitan tempoh berkempen.

“Saya menghormati pelan peralihan kuasa yang telahpun dipersetujui. Saya orang pertama yang memberi respons bahawa saya menghormatinya, saya menerimanya, saya tidak lagi bertanya apa-apa mengenainya kerana ia telahpun dipersetujui oleh pemimpin, anggota majlis, lebih baik kita berpegang kepada keputusan itu.

“Saya hanya menyatakan fakta, jika ia (tempoh berkempen) adalah panjang, maka ia adalah panjang. Saya tidak menyarankan lebih daripada apa yang saya katakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan hari raya Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Sabah di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan membuat penjelasan terus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Muhyiddin menjawab:”Saya sememangnya mahu membuat penjelasan, tiada masalah, jika Perdana Menteri mahu saya membuat penjelasan mengenai apa yang telah saya katakan.”

Kepada soalan sekiranya beliau percaya Abdullah telah salah faham tentang apa yang beliau cuba katakan, Muhyiddin berkata ramai orang tidak memahami apa yang beliau perkatakan.

“Dua hari lepas, Datuk Seri Najib juga bertanya kepada saya sama ada saya baca laporan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia.

“Sebenarnya saya cakap, saya hanya memberikan ulasan berhubung pertanyaan orang kepada saya tentang tempoh empat bulan berkempen, adakah ia panjang atau tidak? Jadi saya jawab sudah tentulah ia panjang, itu saja,” jelas beliau.

“Saya langsung tidak sentuh mengenai pelan peralihan, saya hanya beri respons kepada soalan berhubung tempoh berkempen,” katanya.

Muhyiddin berkata beliau dinasihati oleh ramai kawannya supaya bersabar dengan keadaan itu dan tidak memberi ulasan selanjutnya yang boleh disalah tafsir.

Beliau turut ditanya sama ada beliau percaya yang beliau boleh terus menjalankan peranannya dalam Kabinet dengan baik memandangkan terdapat sesetengah anggota yang kini mungkin berasa dukacita dengan beliau.

Muhyiddin menjawab: “Saya tidak ada masalah kerana saya menunaikan tanggungjawab yang diberikan kepada saya. Saya menyertai Perdana Menteri dalam semua mesyuarat Kabinet dan mesyuarat penting lain.”

Mengenai kelayakannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua bahagian Umno yang memberikan sokongan mereka kepadanya.

“Saya berasa amat yakin berikutan perkembangan positif ini, tapi sudah tentu saya harap ia tidak akan terhenti, (saya harap mereka) akan terus memberikan sokongan yang amat saya perlukan. Pada akhirnya, sudah tentulah saya berharap untuk menang,” katanya.– BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

1 thought on “Jawapan Tan Sri Muhyiddin Yassin”

  1. Mazlan says:
    January 17, 2010 at 10:26 am

    Salam, saya tak berapa pasti mengapa Kementerian Pelajaran mengurangkan secara mengejut peruntukan ke asrama-asrama sekolah-sekolah kebangsaan di bawah kerajaan persekutuan sehingga memaksa pelajar-pelajar setiap minggu balik kerumah-rumah masing-masing(jika yang berkedekatan) dan yang berjauhan dengan keluarga terpaksa mengambil bas-bas ekpress balik sejauh ke kuala lumpur(keluarga di KL). Mengapa terjadi demikian sedangkan apa yang sepatutnya adalah menambah dan membaikinya lagi bukan merosakkan lagi. Sedangkan jika kita lihat Mingguan Malaysia 17.1.2010 melalui timbalan mentari pelajaran( )bantuan ke sekolah jenis kebangsaan di tingkatkan. Saya tidak mempersoalkan ini tetapi sepatutnya skim-skim peruntukan yang telah dilaksanakan di asrama-asrama sekolah kebangsaan tidak ditarikbalik seolah-olah ditarik dan diberi kepada pihak lain. Gejala sosial dikalangan pelajar sekolah pun mungkin akan bertambah dengan perkembangan yang negatif ini. Rata-rata pelajar yang tinggal di asrama-asrama sekolah ini adalah pelajar-pelajar bumiputra dan dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Minta Menteri Pelajaran menjenguk kedalam permasalahan ini. Biar yang dikendung terus didakap dan yang dikejar terus di gapai.

    Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp