Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Rugi RM96,250 Beli Emas Palsu

Posted on December 21, 2009 by Sabri Ahmad

Salam sahabat emas….beginilah nasib orang kita disebabkan sikap ingin cepat kaya/cepat untung.Diharap sahabat semua tidak mudah mempercayai seseorang tanpa usul periksa terlebih dahulu.Jadikan kisah ini iktibar bagi kita semua.

KUALA LUMPUR: Mahu keuntungan puluhan ribu sekelip mata, seorang lelaki sanggup mengeluarkan wang simpanannya lebih RM90,000 semata-mata untuk membeli seketul emas ketul seberat satu kilogram sebelum mendapati emas berkenaan palsu.

Difahamkan, lelaki berusia 40-an yang juga peniaga itu ditawarkan emas ketul oleh seorang lelaki dipercayai warga asing dengan harga AS$28,000 (RM96,250) sebelum dia yang terpedaya membeli emas berkenan.

Menurut sumber, lelaki warga asing terbabit dikesan menawarkan emas ketul seberat sekilogram yang didakwa tulen kepada mangsa, pada Khamis lalu.

“Suspek menawarkan emas ketul berkenaan dengan harga jauh lebih murah kepada lelaki terbabit.

“Mangsa yang terpengaruh tawaran itu bersetuju membeli emas ketul seberat satu kilogram dengan harga AS$28,000,” katanya di sini, semalam.

Suspek meminta mangsa bertemunya di sebuah kompleks beli-belah di Bangsar untuk berbincang lanjut mengenai hal berkenaan.

Sumber berkata, selepas perbincangan, mangsa bersetuju sebelum menyerahkan wang kepada suspek.

“Mangsa kemudian ke kedai emas di Ampang, dekat sini, untuk melebur emas berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa hanya menyedari ditipu ketika melebur emas itu apabila dimaklumkan pekerja kedai emas berkenaan bahawa emas itu emas celup.

“Menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis,” katanya. – Hmetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 thoughts on “Rugi RM96,250 Beli Emas Palsu”

  1. pokli says:
    December 21, 2009 at 11:13 pm

    org tamak selalu rugi

  2. 2bz4money says:
    December 22, 2009 at 1:15 am

    Trader tu terbeli bar emas cop Zullian tu..mmg kena kencing ler tu..

  3. emas kini says:
    December 22, 2009 at 1:25 am

    yup btulll

  4. kak k says:
    January 1, 2010 at 9:55 am

    aslmkum …macam mana nak yakinkan clients utk beli emas public gold…akak punya family pun was2..dia orang takut emas tipu..nak ajak member2 lagi susah..dia orang lebih yakin beli kat habib@poh kong walaupun hrg mahal…nak buktikan macam mana bahawa emas pg ni betul2 tulin..kalau kasi potong@bakar blh tak?…tlg bagi tip ckit kat akak ni…

  5. emas kini says:
    January 2, 2010 at 10:08 am

    tips paling mudah…bawa emas pg ke kedai emas untuk pengesahan

  6. lelaki says:
    April 7, 2012 at 9:52 pm

    g arrahnu la… confirm tulen…:P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (603)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (133)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Drama Bersiri Squid Game Dijadikan Kad Gold Game Public Gold
  • Enam Kelebihan Utama Simpanan Emas
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme