Hari ini George Soros mengamuk dengan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah kerana lambat bertindak menangani krisis kewangan global.Kalau tak silap saya , George Soros pernah menyebabkan matawang malaysia (ringgit) jatuh teruk pada krisis kewangan Asia 1997.Orang macam George Soros pun kena tempias dengan keadaan ekonomi dunia sekarang.
WASHINGTON 13 Okt. – Spekulator mata wang, George Soros semalam membidas Amerika Syarikat (AS) dan Eropah kerana lambat bertindak menangani krisis kewangan global.
Beliau berkata, Setiausaha Perbendaharaan AS, Henry Paulson jelas sangat lambat bertindak dan enggan mengambil tindakan ke atas krisis itu kerana beliau “seorang fundamentalis pasaran”.
“Ini merupakan krisis kewangan paling buruk dalam hidup saya. Saya tidak pernah menyaksikan keadaan seperti ini sebelum ini dan saya tidak mungkin menyaksikannya lagi.
“Para pengurus kewangan merupakan pihak yang bertanggungjawab ke atas malapetaka ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada mesyuarat Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di sini. -Utusan
Ekonomi dunia barat semakin merundum sekarang , namun pada pandangan saya Malaysia masih bertahan dan stabil.Itulah kebijaksanaan rakyat dan pemerintah/kerajaan Malaysia.
[ad#advertlets]
