Apa sebenarnya perjuangan Hindu Rights Action Force (Hindraf ) ? Betulkah mereka membela nasib kaum India ? Jika betul membela nasib kaum India , bukan begini caranya.Isu Hindraf mendapat perhatian ekoran tindakan para penyokong Hindraf mencetuskan kekecohan sewaktu menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-Menteri Kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari raya pertama.
Adakah mereka betul-betul membela nasib lima pemimpin Hindraf yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ? Mungkinkah mereka di peralatkan oleh golongan tertentu ? Apa pun alasan mereka , tindakan menyerbu dan membuat kecoh semasa Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-Menteri Kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari raya pertama adalah tidak patut.Banyak lagi cara yang boleh digunakan.inflatable water slides
[ad#advertlets]
Mereka sememangnya tidak menghormati perayaan bagi orang Islam.Amat wajar jika tindakan keras dikenakan pada pertubuhan haram seperti ini.Pernahkah orang islam membuat kacau semasa perayaan agama lain ?
Saya percaya tidak semua masyarakat India yang menyokong tindakan Hindraf yang keterlaluan.Mereka yang menyokong pertubuhan Hindraf adalah mereka yang berfikiran cetek dan mempunyai agenda tersendiri.
