Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Gambar Tunku Abdul Rahman Laungkan Merdeka Di Abadikan Public Gold

Posted on August 30, 2016 by Sabri Ahmad

Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.

Pengisytiharan tersebut telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman disertakan laungan “MERDEKA” 7 kali. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah ialah Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Tunku Abdul Rahman dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 8 Februari 1903.

Tunku Abdul Rahman mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu Jalan Baharu, Alor Setar pada 1909. Kemudian Tunku berpindah ke sebuah sekolah kerajaan aliran Inggeris yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid.

Pada tahun 1913, Tunku Abdul Rahman dihantar ke Bangkok, Thailand untuk menetap bersama abang sulungnya, Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Di Thailand, Tunku belajar di sekolah Thebsirintrawat.

Tunku Abdul Rahman kembali ke tanahair pada tahun 1915 dan menyambung pelajaran di Penang Free School.

Tunku Abdul Rahman merupakan penuntut pertama menerima pendidikan di United Kingdom di bawah tajaan kerajaan negeri Kedah pada tahun 1919.

Pada tahun 1930 Tunku Abdul Rahman lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple, London.

Tunku Abdul Rahman menjadi Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931 dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang pada tahun 1932.

Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Presiden United Malay National Organisation (UMNO) pada tahun 1951 dan bersama UMNO Tunku Abdul Rahman telah memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah diantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama.

Apabila gagasan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, jawatan Tunku Abdul Rahman telah ditukar kepada Perdana Menteri Malaysia.

Tunku Abdul Rahman meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berusia 87 tahun dan disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 59 tahun ini ( 31 Ogos 2016 ) , Public Gold mengeluarkan edisi TERHAD Merdeka.Foto yang di abadikan amat dekat dengan kita setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.Dapatkan koleski cukup berharga ini sebelum kehabisan stok.

1g-goldbar-public-gold-merdeka

Sabri Ahmad | PG000428 | 010-7890916

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (603)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (133)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Drama Bersiri Squid Game Dijadikan Kad Gold Game Public Gold
  • Enam Kelebihan Utama Simpanan Emas
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme