Untuk episod pertama kenali blogger malaysia.Saya berjaya mencuri masa saudara Din Beramboi.Beliau memang seorang blogger yang senang diajak berbicara dan paling saya suka tidak kedekut ilmu.
Nama : Mohd Zainuddin Che Ismail
Nama Samaran : Din Beramboi
Umur :22
Negeri Asal : Kelantan
Menulis Blog : Part time
Laman Blog : www.blog.dinberamboi.com
Bidang Penulisan Blog : Perniagaan internet dan Agama Islam
Usia Menulis Blog : 2 tahun
Kisah Suka Duka Menulis Blog :
Kisah suka adalah apabila berjaya menjana pendapatan pertama di internet melalui jualan pil penjimat minyak berharga RM30. Macam tak percaya internet boleh buat duit. boleh berkenalan dengan ramai blogger lain dan mengenali usahawan-usahawan internet berjaya dan bertemu secara bersemuka dengan mereka-mereka yang telah menjana pendapatan 5 dan 6 angka setiap bulan. Kisah suka jugak…dpt awek melalui internet. hahaha…
Kisah duka takde banyak…salah satunya sebab tak dapat menghantar satu produk iaitu minyak jaguh kanda kepada seorang customer. Dia telah membayar dan membuat pengesahan email tetapi saya terdelete email tersebut. Dalam trash pun takde sebab dah empty. So, sampai sekarang belum buat penghantaran dan dia pula tidak respons kembali atau menghantar email menyatakan produk belum dapat.
Satu lagi terkilan sebab kena sound di WC sebab tersilap post ditempat yang salah. Tak sengaja pun…so, nasihat saya kepada orang yang sound tu, gunalah PM supaya maruah orang lain terjaga. Kita jaga maruah orang, orang akan jaga maruah kita.
Nasihat Kepada Blogger Tempatan:
berusaha dan terus berusaha….anggap sahaja kejayaan anda telah ditetapkan pada suatu hari tertentu. Jika anda berputus asa pada hari ahad, dan kejayaan itu adalah pada hari isnin, anda telah rugi…begitu juga jika kejayaan itu adalah pada hari selasa, dan anda berputus asa pada hari isnin, anda telah rugi…kejayaan itu tetap akan datang.
Anda Seorang Blogger ? Ingin Ditemuramah ! Klik Disni
[ad#advertlets]


salam..
ade benda nak tanya sikit..btol ke awk ade join vemmabuilder bonus program and awak dpt keuntungan dari website tu??
http://incomemingguan.net/edward/