Bekalan makanan negara mesti ditambah setiap kali menyambut perayaan samada perayaan untuk Hari Raya Aidilfitri , Deepavali , Tahun Baru Cina.Kuat betul rakyat Malaysia makan dimusim perayaan.Kerajaan telah memberi jaminan bekalan makanan musim perayaan mencukupi.Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad ada mengeluarkan pengumuman bakalan makanan, termasuk ayam pada musim perayaan ini adalah mencukupi.Jaminan diberi selepas mengadakan pertemuan dengan penternak, pengilang dan pengusaha bekalan makanan.
Agensi kerajaan yang terbabit seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Bahagian Kawalselia Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga memberi jaminan yang sama.Sebagai contoh “Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani misalnya telah keluarkan lesen pengimport kepada 16 syarikat dengan jumlah pengimportan sebanyak 20,000 tan ayam proses, bukan sahaja untuk menyambut raya, tetapi juga Deepavali”.
Sebagai maklumat am , Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ditubuhkan pada 27 Oktober 1990.Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.Maksud melindungi kepentingan pengguna adalah pengguna tidak akan dipermainkan atau ditipu oleh peniaga.Walaupun ada agensi kerajaan yang melindungi hak pengguna , pengguna tetap ditipu.
[ad#advertlets]
Untuk memastikan kita tidak ditipu , kita mesti bersama-sama kerajaan untuk membasmi penipuan yang dilakukan segelintir peniaga.Jangan harapkan kerajaan semata-mata.Yang lebih penting kesedaran kita sendiri untuk membasmi penipuan ini.Kerajaan hanya memantau , menentukan harga dan mengambil tindakan.Kita yang menentukan samada produk tersebut boleh dibeli atau tidak.Tanpa pengguna, tiada barang.Jadilah pengguna yang bijak bukan dipijak.Pengguna boleh mengawal harga barang sebenarnya dengan syarat menjadi pengguna bijak.Bijak dalam memilih barang , bijak memilih kedai , bijak memilih jenama , bijak membezakan harga , bijak membeli dan bijak berfikir sebelum membeli.
Trend pengguna zaman sekarang , ambil barang masukkan dalam troli , pergi kaunter bayaran dan bayar guna kad kredit atau wang tunai.Berapa kali kita melihat bil yang diberi ? Berapa kali kita membezakan harga barang dengan kedai lain ? Jika kita ubah sikap seperti ini , barulah peniaga tidak boleh bermaharajalela.Bila media masa kecoh dengan peniaga naikkan harga barang, kita ikut kecoh.Tapi setakat kecoh dimulut tanpa tindakan.Nasi tidak akan sampai ke mulut jika tangan tidak suapkan.Sama-samalah kita berubah menjadi pengguna bijak untuk negara dan diri sendiri.
Sebelum saya terlupa rajin-rajin kan diri untuk menyemak senarai harga barang dan apa yang patut dilaku jika ditipu di dalam lamanweb Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).Negara mempunyai undang-undang , tanpa pelaksanaan tidak bermakna undang-undang.
Iklan Masyarakat : Saksikan Pengguna Sana Sini Setiap Ahad Jam 6.30 – 7.00 petang hanya di TV9.
