Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Episod Kemalangan Hari Raya Bermula

Posted on September 9, 2008September 8, 2008 by Sabri Ahmad

MELAKA: “Saya bercadang membawanya balik beraya di kampung di Kelantan tahun ini. Dia seronok apabila dimaklumkan, malah, baju kurungnya juga sudah siap dijahit,” kata pekerja kilang, Sarimah Abdullah, 38.

Anak Sarimah, Siti Arbaiyah, 7, maut selepas kereta dipandu neneknya terbabas ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kilometer 38, Jalan Ayer Pasang-Kesang, Jasin, dekat sini, jam 2.30 petang kelmarin.

Sarimah yang berlinangan air mata ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka (HM), tengah hari semalam, berkata arwah turut bersemangat berpuasa penuh sepanjang enam hari lalu serta tidak pernah bersungut.

Katanya, dia terkilan tidak dapat menunaikan janji membawa arwah pulang ke Kelantan.

“Malam sebelum kejadian, mak mentua kata anak saya tiba-tiba minta hendak tengok semua gambar kakak dan abangnya serta gambar saya dan suami.
[ad#advertlets]
“Susah untuk saya jelaskan, rupa-rupanya ia petanda dia akan pergi meninggalkan kami sekeluarga,” katanya.

Sarimah menerima panggilan daripada adik iparnya mengenai kemalangan itu dan terus bertolak dari Klang, Selangor bersama suaminya, Hisham Ismail, 38, seorang pemandu bas ekspres.

Sebelum cuti sekolah bulan lalu, dia balik ke sini dan itulah kali terakhir berjumpa dengan arwah yang manja dengannya.

“Anak saya ini baru setahun lebih duduk dengan neneknya di Bemban, Jasin. Selepas berjumpa kali terakhir itu, saya tidak menelefonnya kerana bercadang balik seminggu dua lagi,” katanya.

Siti Arbaiyah meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital Jasin selepas cedera dalaman yang serius, khususnya pada kepala.

Nenek mangsa, Jumaah Abu Karim, 56, dikatakan gagal mengawal Proton Saga dipandunya dari rumah ke Sekolah Rendah Agama Kesang, ketika cuba menutup pintu sebelah penumpang yang tidak terkunci rapat.

Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Jasin, Inspektor Mohd Shulul Azmil Shuaibon, berkata siasatan awal mendapati ketika nenek mangsa cuba menutup pintu berkenaan, tiba-tiba sebuah kereta datang dari arah bertentangan menyebabkan dia cuba mengelak sebelum terbabas ke kiri jalan dan merempuh tembok tanah di tempat kejadian.

Akibat rempuhan kuat itu, mangsa yang duduk di sebelah pemandu terhimpit dan cedera serta pengsan di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital dengan ambulans.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat. Hasil bedah siasat, punca kematian mangsa disahkan kerana kecederaan dalaman yang teruk di badan dan kepala.

“Nenek mangsa turut cedera ringan akibat terhantuk pada stereng kereta. Dia dibenarkan balik ke rumah selepas mendapatkan rawatan pesakit luar,” katanya yang menjelaskan polis menyiasat kes mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Hisham berkata, pemergian arwah amat dirasai Ramadan ini sekalipun mereka tinggal berjauhan sejak setahun lalu.

Anaknya itu diserahkan untuk jagaan sementara keluarga di Bemban disebabkan dia dan isteri bimbang tidak dapat memberi sepenuh perhatian kerana terpaksa bekerja.

Difahamkan, Siti Arbaiyah anak keduanya dengan Sarimah kerana anak sulung mereka meninggal dunia ketika dilahirkan selain dua anak tiri, Nurul Shafina Amran, 20, dan Harisham, 18.

“Saya dan isteri reda dengan ujian Allah pada Ramadan ini dan berdoa semoga rohnya ditempatkan di kalangan umat soleh,” katanya.-Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad/mriduwan@hmetro.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp