Abang bangunlah !!! Dah lewat ni , nanti lewat pergi kerja….Bisinglah,abang nak tidur.Itu adalah salah satu dialog seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab.Apa yang tidak kena dengan lelaki? .Berapa banyak yang tidak kena dengan lelaki ? Hanya diri sendiri seorang lelaki yang mengetahuinya.Aku pun seorang lelaki sejati bakpok , maknyah , pondan namun belum tentu aku memahami isi hati lelaki lain.Baiklah , saya begitu tertarik untuk mengulas mengenai lelaki bila terbaca satu artikel dalam akhbar online yang bertajuk “Lelaki ke dapur jika perempuan kuasai universiti”:
[ad#advertlets]
Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
KUALA LUMPUR 21 Ogos – Ramai lelaki mungkin terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai institusi pengajian tinggi (IPT) dibiarkan berlarutan.
Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Seri Profesor Ibrahim Abu Shah berkata, secara umumnya setiap universiti di negara ini memiliki jumlah pelajar perempuan yang jauh lebih ramai berbanding lelaki.Disebabkan masalah itu, katanya, UiTM sudah lama memikirkan cara untuk menambah jumlah pelajar lelaki bagi memperbaiki komposisi pelajar mengikut jantina.
‘‘Tidak dapat tidak satu hari nanti wanita profesional ini akan berkahwin juga dengan mana-mana lelaki termasuk mereka yang tidak bekerja.‘‘Akhirnya, akan berlaku fenomena lelaki duduk di rumah jaga anak dan rumah tangga manakala wanita keluar bekerja.‘‘Fenomena ini telah pun berlaku sekarang meskipun ia bertentangan dengan adat kita,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ibrahim menyatakan demikian ketika mengulas usaha Kementerian Pengajian Tinggi mencari formula untuk memujuk lebih ramai pelajar lelaki menyambung pelajaran di IPT.Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed berkata, di semua IPT di seluruh negara, nisbah antara pelajar lelaki dan perempuan ialah 40:60.
Sementara itu, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Tan Sri Profesor Dr. Mohd. Zulkifli Mohd. Ghazali meminta kerajaan melakukan sesuatu bagi mengurangkan jurang bilangan pelajar lelaki dan wanita.Di UTM sendiri, katanya, universiti itu tidak boleh menyekat kemasukan pelajar wanita dalam sesuatu bidang kerana mereka memiliki kelayakan akademik yang cemerlang berbanding lelaki.‘‘Di UTM, pelajar lelaki lebih mendominasi bidang mekanikal yang memudahkan mereka mendapat kerja setelah menamatkan pengajian sedangkan pelajar perempuan menguasai bidang lain,” katanya.
Pensyarah Jabatan Antropologi Universiti Malaya, Profesor Dr. Fatimah Daud pula berkata, cadangan untuk merapatkan jurang antara pelajar lelaki dan wanita di IPT memang tepat pada masanya.‘‘Di Barat, sebagai contoh, lelaki kini telah menjadi suri rumah menjaga anak-anak, membasuh baju dan juga melakukan kerja-kerja rumah.‘‘Di Malaysia sendiri fenomena ini telah pun berlaku dan kini semakin merebak apabila kebanyakan wanita bekerja sebagai eksekutif manakala suami menjaga rumah.
Bagaimana perkara begini boleh berlaku.Adakah kerana di Malaysia sekarang kekurangan lelaki yang menjadi faktor utama masalah ini.Kemana perginya lelaki-lelaki Malaysia yang segak dan berani?Sedang tidurkah mereka semua diulik mimpi yang belum pasti kebenarannya.Bangkitlah wahai lelaki sejati Malaysia sebelum terlambat.Sebelum dikejutkan dengan satu baldi air 🙂
Sebagai seorang lelaki sejati, tidak boleh menyerahkan tanggunggjawab 100% keluarga kepada perempuan.Perempuan hanya boleh membantu suami.Jika tanggungjawab diserah kepada perempuan , tidak mustahil sesebuah ikatan keluarga akan kucar kacir.Tuhan menjadikan lelaki dan perempuan berbeza dari segi akalnya.Lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu manakala perempuan mempunyai 9 nafsu dan 1 akal.Bolehkan perempuan mengurus keluarga dengan 1 akal dan 9 nafsu ?
Saya mengingatkan kepada diri saya sendiri dan semua lelaki di Malaysia.Jadilah lelaki sejati yang boleh memikul tanggungjawab bukan sekadar menjadi “aku memang pencinta wanita , namun aku bukan buaya”.Tidak cukup hanya menjadi pencinta wanita jika kelengkapan untuk bercinta tidak dimiliki.Marilah kita sama mendidik anak-anak lelaki kita menjadi pemimpin , bukan dipimpin.Tidak tercabarkah wahai lelaki dengan kemajuan wanita ?

salam. maybe lelaki ramai yang jadi mat rempit. apa kata malaysia tubuhkan universiti untuk mat rempit supaya diaorang merempit di litar f1 sepang. alang2 dah ada litar lumba bertaraf antarabngsa, apa salahnya. sure lebih ramai lelaki yang masuk univeristi. percayalah
rasanya mungkin salah satu faktor ialah mmg dah ramai lelaki sejati dah jadi ‘something’ bila dah masuk U. sebab pergaulan dan pengenalan lebih dekat dengan dunia sejenis (rasanya semua faham kan)..tapi nak salah kan siapa yer? tu la ujian terlalu besar dengan bantuan keadaan negara yg xseiring dengan pembangunan insaniah. kalau nak salahkan pembawaan individu nampaknya kita kena la menampung jumlah ‘something’ yg makin meningkat loh. saya pun dah kenal dunia begitu sejak mengenali U..selama ni berfikir sendiri shj. rupanya mmg bagai cendawan tumbuh…xhujan pun tumbuh jugak..