Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

BNM Percepat Siasat Genneva & Public Gold Di Gugurkan Dalam Senarai

Posted on October 31, 2012 by Sabri Ahmad

BANK Negara Malaysia (BNM) akan menyegerakan siasatan ke atas syarikat urus niaga emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd bagi mempercepatkan penyelesaian segera kes itu.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, langkah mempercepatkan siasatan itu diambil berikutan ramai di kalangan pelabur dan penyimpan ingin tahu kesudahan mengenai siasatan berkenaan.

“Dengan menyegerakan siasatan, kes ini dapat diselesaikan dengan lebih cepat,” katanya di luar majlis Kongres Insurans Asia Timur ke-26 di Kuala Lumpur, semalam.

Pada awal bulan ini, pasukan polis, BNM dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melakukan serbuan ke atas Genneva dan sekutunya di dalam negara kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.

Tiga syarikat lain, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd turut diserbu.

Semua syarikat terbabit disiasat berikutan disyaki melakukan kesalahan antaranya mengambil deposit secara haram, mengubah wang haram, mengelak cukai, memberikan gambaran yang salah termasuk deskripsi palsu dan melantik ejen tanpa lesen.

Sementara itu, Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold Marketing) memaklumkan bahawa BNM mengambil keputusan menggugurkan nama syarikat itu daripada Senarai Peringatan Pengguna pada 29 Oktober.

Selepas penilaian teliti dilakukan, BNM mengesahkan Public Gold Marketing sebagai perniagaan tulen dan tidak mengambil kesempatan ke atas pelanggannya. – http://www.hmetro.com.my/articles/BNMpercepatsiasatGenneva/Article

Cerita sebelum ini yang dikatakan Public Gold adalah skim pelaburan emas adalah tidak benar sama sekali.Kisahnya ada di http://www.emaskini.com/sembilan-lagi-firma-dikenal-pasti/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 thought on “BNM Percepat Siasat Genneva & Public Gold Di Gugurkan Dalam Senarai”

  1. Sabri Ahmad says:
    October 31, 2012 at 1:55 pm

    http://www.theedgemalaysia.com/business-news/224034-public-gold-lifted-from-bnm-alert-list.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (603)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (133)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Drama Bersiri Squid Game Dijadikan Kad Gold Game Public Gold
  • Enam Kelebihan Utama Simpanan Emas
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme