PETALING JAYA 6 Feb. – Seorang bayi lelaki berusia lima bulan mati dipercayai akibat didera dan diliwat.
Sehubungan itu, sepasang suami isteri ditahan di tanah perkuburan Islam di Sungai Buloh sebaik selepas pengkebumian bayi pertama mereka itu Isnin lepas, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed.
Beliau berkata, bayi itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh pasangan yang masing-masing berusia 33 dan 19 tahun itu pada malam 31 Januari lalu kerana mendakwa bayi mereka tidak sihat.
“Menurut ibu bayi itu, anaknya masih hidup ketika mereka tiba di hospital tetapi doktor yang memeriksanya mengesahkan bayi itu telah mati.
“Bedah siasat dijalankan sejurus selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis polis bersama masyarakat di Subang Perdana di sini, hari ini.
Beliau berkata, ibu berusia 19 tahun itu membuat laporan polis mengenai kematian bayinya di bit polis Hospital Sungai Buloh.
Arjunaidi berkata, siasatan lanjut polis mendapati bayi itu mempunyai kesan luka di seluruh badan dan dia turut diliwat.
Pasangan dari Sungai Buloh itu direman sehingga 12 Februari. – Bernama

Salam,
Kenapalah mereka ini amat kejam? Tidak ada akalkah?
You can use these tags:
Salam
Pe la nk jadi la ni…..
Seorang bayi yg x pandai berbicara di perlakukan sebegitu kejam….ape la yg ada dlm fikiran mereka ya…
ada akal tapi akal lebih hina dari binatang
tepat sekali kata-kata nik
Salam orang kita. Penjenayah begini rasanya gantung pun tak memadai. Akal kita manusia rasanya tak dapat menerima kejadian ini. Bila difikirkan mengapa perkara ini berlaku?
Harapkan pagar, pagar makan padi. Kejam!
memang bengong orang yang wat keje tu..
nampaknya dunia semakin nak kiamat…..
yelah zaman jahilliah dah kembali semula…
bodoyyy
kuang ajo betui la orang yg buat keje nie..dgn anak kecil yg masih belum mengenal dunia pn orang tu b’nafsu jg..orang yg mcm nie slalu nyer xde akal pun..lebih baik dia yg diliwat dan didera time dia baru lahir dulu..
xguna punya org…nafsu binatang kali tu….sampai2 bayi pun di liwat…..org cam ni xpatut di biarkan hidup…mesti di hukum gantung samapi mati di khalayak org ramai supaya ia memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat lain agar tidak akan melakukan kesilapan yang sama. pihak berkuasa gak harus menjalankan kewajipan seterusnya memelihara hak kanak2 yg tidak berdosa daripada nafsu org yang sarakah.
ai yah…bagus xpyh la khwin….b,dosa je kc lahir tu baby…da la d,liwat…mati lagi 2..ya tuhan apa dah jadi dgn dunia skang ni…knpa manusia zaman skang ni…gile…ke…xda otak ka mo fikir..anak sndri lagi 2!!!!!
orang ke tu???