Assalamualaikum dan Salam satu Malaysia.Saya begitu tertarik dengan komen saudara baru di blog kongsiblog iaitu saudara K Balamurugan.Apa yang menariknya tentang beliau ?
Beliau sanggup menulis dalam Bahasa Malaysia walaupun sasterawan tamil tempatan (setiausaha Persatuan Penulis – penulis Tamil negeri kedah).Orang Melayu sendiri pun dah semakin malas nak menulis / bertutur dalam Bahasa Malaysia….cikit-cikit nak cakap mat saleh.
Kalau nak baca blog beliau boleh layari bala-kebebasan dot blogspot.com.
terima kasih sabri. salam berkenalan. baru baru ini saya mula translate poem poem A.Ahmad said ke bahasa tamil dan memperkenalkan beliau kepada sasterawan dari negara india dan luar negara.
Abdul Samad bin Muhammad Said, pen name A. Samad Said (born 9 April 1935) is a Malaysian poet and novelist who, in May 1976, was named by Malay literature communities and many of the country’s linguists as the Pejuang Sastera [Literary Exponent] receiving, within the following decade, the 1979 Southeast Asia Write Award and, in 1986, in appreciation of his continuous writings and contributions to the nation’s literary heritage, or Kesusasteraan Melayu, the title Sasterawan Negara.
Nikmat ~ A. Samad Said
Segala yang dihasrat
tapi tak didapat
adalah nikmat
yang paling padat.
A. Samad Said
(Benih Semalu)
Hidup Bersama ~ A Samad Said
Oktober 24, 2007
Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah
pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.
Kita wajar mendaki lagi kerana puncak
yang jauh. Dalam gelora dan taufan
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian.
~ A Samad Said