Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Cerita hari ini , kisah aku mengantuk di pagi hari ini.Semalam aku tidur lewat kerana balik kerja lebih kurang pukul 12.30 malam.Sampai rumah , tutututut tengok anak kesayangan aku belum tidur lagi , maybe tunggu aku balik ler tu….kebetulan masa kat tempat kerja kita orang makan KFC , aku pun beli ler satu mainan namanya spamgebob.Apa lagi bila tengok spamgebob , melonjak kegembiraan ler…..itulah anak-anak…gembira melihat gelagatnya.Yang paling bestnya tiap kali beli barang untuknya ” babah cantik a” dan satu ciuman untuk babahnya.
Ibu nya asyik marah kat aku , kerana selalu mengikut kehendaknya , anak aku pulak macam tahu jer , kalau nak apa-apa mesti mintak dengan aku , dengan ibunya tidak minta pulak.Kerana mintak dengan aku pasti dapat , kalau mintak dengan ibunya , ermmmm frust menonggeng ler .
Kadang-kadang terlintas jugak difikiran aku , adakah aku terlalu manjakannya ? Aku rasa tidak !!! Kerana ada jugak keinginannya aku tidak turuti sebagai contoh kalau barang tu berharga ratusan ringgit.Aikkk , aku ni dah meleret pasal anak pulak , tajuk mengantuk betul…ok ler…
Berbalik isu mengantuk betul , bila dah sampai rumah lebih kurang 12.30, lepas tu main dengan anak dan isteri.Mengadap komputer dan sebagainya…tengok-tengok jam dah pukul 2.30.Bila dah tengok pukul 2.30 , maka teruslah pergi tidur.Pukul 5 bangun sahur dan buat aktiviti sepatutnya.Pukul 7.30 pagi bertolak pergi kerja , so sekarang mengantuk betul ketika cerita ini ditulis……………..

Biasalah anak-anak kan. Letih pun hilang bila tengok telatah anak-anak.
betul2…tapi best melayan telatah anak2..