PEMERGIAN Penghibur No 1 tanah air, Sudirman Arshad, 17 tahun lalu masih belum ada galang gantinya. Bukan tiada yang cuba menjadi seperti Sudirman tetapi mereka ternyata gagal menandingi kehebatan penyanyi yang kembali ke Rahmatullah pada 22 Februari 1992 itu.
Semangat patriotik yang cukup menebal ditonjolkan dalam setiap persembahan ketika hayatnya membuatkan Allahyarham begitu istimewa pada pandangan mata peminat. Dia tidak mengamalkan sikap diskriminasi, setiap kaum dilayan sama rata. Semangat itu jarang dimiliki penyanyi generasi baru sekarang.
Cintanya pada negara begitu jelas sehingga Allahyarham menganjurkan konsert bertemakan patriotik yang juga konsert terakhir sebelum beliau pada 9 Mac 1991 di Melaka. Konsert berkenaan bagaimanapun tidak pernah disiarkan oleh mana-mana stesen TV.
Justeru, sempena Hari Kemerdekaan ke-52 yang disambut Isnin ini, TV3 mengambil peluang itu menyiarkan konsert Sudirman: One Thousand Million Smiles kepada penontonnya pada jam 10 pagi.- Berita Harian Online


1 thought on “Allahyarham Sudirman Arshad-Ikon 1Malaysia”