Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

SPRM Untuk Orang Politik Sahaja !

Posted on August 16, 2009 by Sabri Ahmad

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak wajar membezakan siasatan ke atas orang politik atau orang biasa kerana tindakan undang-undang tidak mengenali sesiapa, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai suruhanjaya bebas, SPRM mempunyai kuasa sendiri untuk memutuskan siasatannya dan bukan atas arahan kerajaan.

“Sebarang siasatan mesti sama iaitu bagi saya tindakan undang-undang tiada bezanya.

“Sebelum ini pun (Badan Pencegah Rasuah) sudah banyak siasatan dilakukan, tak timbul pula masalah sebab mereka (mereka yang disiasat) memberikan kerjasama,” katanya pada sidang media di Terminal 2 Lapangan Terbang Kota Kinabalu, di sini, sebentar tadi.

Muhyiddin diminta mengulas kenyataan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull semalam bahawa SPRM akan memberhentikan siasatan serta-merta terhadap semua kes membabitkan ahli politik berikutan suruhanjaya itu menerima kecaman daripada pelbagai pihak berhubung cara siasatan dijalankan.

Shukri berkata, beliau bersedia kehilangan jawatannya itu jika tindakan diambilnya menyalahi peraturan sedia ada.

Jumaat lalu, SPRM dituduh bertindak kasar ketika menahan pembantu kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Wong Chuan How, 50, di pejabat perkhidmatan wakil rakyat di Sungai Pelek, Sepang, Selangor.

Dalam kekecohan jam 10 pagi itu, Wong yang cedera di kaki mendakwa dia ditolak kakitangan SPRM.-Berta Harian.

Apa komen anda ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

3 thoughts on “SPRM Untuk Orang Politik Sahaja !”

  1. faisalhanim says:
    August 17, 2009 at 4:58 pm

    satu perkembangan yang tidak baik…nampaknya walau siapa pun kerajaan yang memerintah selepas ini, rasuah tetap akan “subur”!

  2. Sabri Ahmad says:
    August 17, 2009 at 7:43 pm

    tu yang pelik…di orang yang buat suruhanjaya tapi tak nak guna

  3. Angkeh DC says:
    August 20, 2009 at 2:49 pm

    Bkn x nak guna… Tp mmg x guna pon… Klu masih ada orang politik kt belakang
    selagi tu rasuah ttp menjadi penyakit…..
    Bt lh apa2… Keputusannya tetap sama….

    http://angkehdcjournal.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp