Salam sahabatku yang berada di jauh atau yang dekat….Yang jauh dekat-dekatkan , yang dekat rapat-rapatkan….yang rapat …….sambung sendiri ler sahabatku.Sebelum aku teruskan celoteh aku pada waktu ini , aku ingin iklankan satu iklan masyarakat ” Wahai Pesakit/Bakal Pesakit H Wang N Wang , Tunaikan Tanggungjawab Anda “ .Iklan itu ditaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.Kes H1N1 semakin merungsingkan rakyat Malaysia.Setiap hari boleh dikatakan ada kes kematian dan janggkitan baru.Mengapa wabak ini tidak boleh di bendung ? Adakah tanggungjawab terletak pada kerajaan semata-mata ? Ada yang mengatakan ini bala Tuhan akibat banyak penderhakaan pada Allah Taala.Samada ia bala ,dugaan atau tidak , hanya DIa sahaja yang mengetahuinya.Apa yang penting kita hadapi dengan tabah di samping mencari jalan penyelesaiannya.
Baiklah kita tinggalkan isu H1N1 untuk sementara waktu kerana hidup tetap diteruskan selagi hayat di kandung badan.Apa yang aku ingin kongsi dengan rakan sekalian , amat sesuai di guna pakai oleh Blogger baru.Kaedah ini amat sesuai bagi mempromosi blog dan memberi semangat pada diri sendiri untuk terus aktif dalam dunia blogging.Mungkin kaedah ini dapat mengelak blog Melayu terus hilang selepas 1 tahun di daftarkan.Percaya atau tidak satu komen amat bermakna bagi seorang blogger lebih-lebih lagi blogger baru.Aku masih ingat masa mula-mula aku menceburkan diri dalam dunia blogging.Bila dapat satu komen , waduh-waduh seronoknya.
So cara yang mungkin boleh di amalkan bagi blogger baru dengan mencari seorang pengikut / blogger lain.Sebagai contoh anda wajibkan diri layari satu blog dan sentiasa memberi komen pada blog tersebut.Jangan pulak memberi komen dalam bentuk spam ( di amalkan oleh aku waktu dulu-dulu ) kerana ia tidak memberi kesan positif pada anda.Sebagia contoh anda boleh follow blog Knizam , Kak Jie , Mindaku Disini atau blog aku sendiri.Mengapa salah satu contoh blog Knizam ? Kerana blog Knizam pelawat yang tinggi dan beliau akan follow blog anda selepas itu.So dengan cara ini dapat memberi semangat untuk anda untuk pergi lebih jauh dalam dunia blogging.
p/s : Tinggalkan alamat blog anda di ruangan komen supaya aku dan orang lain boleh follow untuk memberi semangat pada kalian.Mungkin ada blogger lain mempunyai kaedah / pendapat untuk dikongsi dengan mereka yang baru menceburkan diri dalam dunia blogging.

tempoh setahun tu cuma sbg permulaan je.. search engine pun baru je nak load keyword2 yg ada dlm entry2 blog kita. bila kedudukan dlm search engine dah kukuh baru org start dtg masuk. kalau lemah semangat, mmg xthn ler..
betul bro….so bagi mereka yang ingin memulakan perjalan sebagai seorang blogger berbayar pastikan diri anda betul2 bersedia.
* seorang blogger berbayar > apa maksud blogger berbayar?
yang domain sendiri n hosting sendiri ….:)
wahhhhh tenkiu2 hehe 🙂
aku nyer petua senang adjer. selalu update blog
selalu balas semua komen (semua ok. hehe )
dah rajin2 la bloghopping kat blog kawan2. hehe 🙂
senang je kan.
memang senang ler bro…tapi macam lak kau lai orang tu tak der masa sama seperti bro
ya saya sudah bersedia encik 🙂
bagus ler macam tu….