Tahniah aku ucapkan kepada pasukan Bola Sepak Malaysia kerana tidak makan “telur” dari Manchester United seperti sebelum ini.Kira ok ler keputusan Malaysia ( 2 ) , Manchester United ( 3 ) .
GEGAK gempita Stadium Nasional, Bukit Jalil bergemuruh dalam satu suara menjulang wira Malaysia, Amri Yahyah yang menewaskan penjaga gol tersohor, Edwin Van der Sar dan Ben Foster untuk mencetus gentar Manchester United sebelum kecundang 3-2 kepada juara Liga Perdana Inggeris itu dalam pembukaan Jelajah Asia 2009.
Renungan-Renungan Bersama:
Tiket mahal namun peminat tetap pergi ( kalau Liga Malaysia RM10 pun mahal ).
Kebanyakkan pergi menyokong Manchester United.
Pasukan Malaysia sebenarnya hebat tetapi bila tidak diberi sokongan maka kegundanglah ia.
Barisan Pemain :
MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias, Mohd Asraruddin Umar (Mohd Azmi Muslim), Norhafiz Zamani Misbah (kapt) (K Gurusamy), Mohd Aidil Zafuan, Mazlizam Mohd (V Thirumurugan), Safiq Rahim (Mohd Sabree Mat Abu), Amar Rohidan (Mohd Bunyamin Omar), Indra Putra Mahyuddin (Badrol Bakhtiar), Mohd Amri Yahyah, Mohd Khyrill Muhymeen, Zaquan Adha (Norshahrul Idlan Talaha) .
MAN UNITED: Edwin Van der Sar (Ben Foster), Patrice Evra, Rio Ferdinand (West Brown), Anderson (Ryan Giggs), Dimitar Berbatov (Ferico Macheda), Wayne Rooney (Michael Owen), Nani, Paul Scholes (Zoran Tosic), John O Shea, Jonny Evans, Darron Gibson

PENYERANG United, Rooney bersaing dengan Indra Putra di Stadium National ,Bukit Jalil

Penyokong Malaysi Yang Setia.

Malaysia Lawan MANCHESTER United.
Kredit : Berita Harian & Joshuaongys.

betul3 jom sokong msia
Aloooo…..
Sapa kata xde sokongan dari penyokong man utd untuk malaysia? Rata2 yg dtg berbaju merah (manchester united) untuk menyambut kedatangan mereka. tapi pd masa yg sama,penyokong man utd ni menyokong malaysia juga….bila tersumbat gol utk man utd,penyokong man utd bersorak…bila malaysia sumbat gol,penyokong man utd juga bersorak….xde istilah kurang sokongan…jika anda berada sendiri di situ,anda akan merasai dan merasanya…..salam….
Setuju tu.. tapi jersi merah penonton banyak sangat, penuh satu bukit jalil, macam game di MU pulak. Agak-agaklah.. jika kita kat tengah padang jadi pemain M’sia, tengok jersi merah apa kita rasa dan kita fikir ya..?. Tak apa bukan kita sokong pasukan negara, kita sokong, kita berteriak time gol, cuma kita rasa jersi MU tu lebih hebat, lebih megah berbanding jersi negara sendiri. Kali ini tukarlah pulak, pakai jersi negara jika kita memang ikhlas nak sokong negara. Ayuh !.
Bukan selalu team luar dtg malaysia…terutama team gergasi mcm Man Utd…ni la juga masanya untuk peminat2nya menunjukkan fanatiknya…bukan x sokong malaysia,tetapi kita berada di tanah air sendiri dan bila2 ada match pun boleh tgk…nk harapkan team luar dtg selalu,memang mimpi la,….ini peluang besar…klu dilihat pd match tu, org ternama gak pakai baju Man Utd….ini bkn soal x support team negara sendiri…..cuma,peluang hanya datang sekali…….Malaysia tetap tanah air……klu anda sendiri berdepan dgn fan clubs luar anda,ini akan berlaku…just think a little bit about that….By the way,thanks………
wowwww………..best gila……la tpi jersi merah bnyak sngat…………………pnuh……sngt kat bukit jalil,mcm game mu plk…..
taem botak tk abo………..
aku rasa pelik sesangat dgn score malaysia-2, MU-3.
Sorry, aku bukan nak kutuk, tapi inilah suara hati aku yang sebenarnya.
>>>
1.) aku rasa MU tak nak belasah Malaysia sgt teruk2. Sebab tu bagi jugak la can at least bkn 0. aku rasa diaorang nak belasah
6-0 pun boleh.
Aku ada jawapan aku sendiri, Kalo malaysia kalah dgn MU pada score 2-3, kira hebat giler la tu. Tapi kenapa bila lawan bola dgn Negara2 asia je, kalah dgn 0-2 la…1-2… la.bla2
Aku rasa MU kasik muka je.sbb lawan kat sini..
jgn berbangga sangat. tingkatkan lagi usaha~!!!