Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Esok oghe manek urai pakat2 tubik mengundi la weii..Jange dok nusuk dale umoh..Tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia. Pilih ADUN yang anda rasa betul-betul boleh diharap untuk membantu anda. Salah pilih, anda sendiri yang rugi..Esok penjawat awam di kelate telah diberi ‘Cuti Peristiwa’ yang diistiharkan oleh Tok Guru Nik Aziz (Menteri Besar). Jadi tak timbul masalah la untuk tidak keluar mengundi yee.. Kedua-dua parti yang bertanding telah menjanjikan pelbagai kebaikan yang bakal diterima oleh oghe manek urai sekiranya parti mereka dipilih. Bagi UMNO telah memperuntukkan RM125.9 juta khusus untuk meningkatkan taraf pendidikan rakyat di jajahan ini sekali gus membuktikan keprihatinannya. Seperti biasa lah ketika musim memancing undi ini macam2 janji di berikan, harap-harap walau apa pun parti yang menang, dapatlah mereka tunaikan
janji yang diberi yeee..Oghe Manek Urai lebih arif dan tahu siapa yang betul2 kerja atau yang hanya pandai bercakap jer..Jadilah pengundi yang bijak. Selamat Mengundi.
