Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Siri Super Terbuka Indonesia 2009

Posted on June 21, 2009April 21, 2016 by Sabri Ahmad

lee-chong-wei

JAKARTA: LEE Chong Wei membuktikan dia tetap pemain nombor satu dunia apabila muncul juara kejuaraan badminton Siri Super Terbuka Indonesia, petang tadi, mengiringi kemenangan bermakna beregu wanita negara, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty.

Chong Wei yang tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Singapura minggu lalu, bangkit penuh bergaya bagi mengulangi kejayaan pada 2007 untuk bergelar juara Terbuka Indonesia, menewaskan pemain tempatan, Taufik Hidayat, 21-9, 21-14.

Taufik yang memburu kemenangan ketujuh kejohanan itu buat mengatasi rekod rakan senegara, Hardiwiranata, gagal memberi tentangan bermakna kepada Chong Wei yang nyata bermain positif dan menguasai permainan.

“Saya memang memburu kemenangan di sini dan datang dengan harapan mampu bermain baik bagi menebus kekecewaan di Singapura,” kata Chong Wei selepas menerima piala dan hadiah wang tunai AS$ 18,500 (RM 64,750).

Kemenangan ketiga Chong Wei selepas Terbuka Malaysia dan Terbuka Switzerland itu, mengiringi kejayaan kombinasi Eei Hui-Pei Tty yang juga berada di ranking pertama dunia apabila mudah menundukkan beregu China, Cheng Shu-Zhao Yunlie, 21-16, 21-16.

Kejayaan ini adalah yang pertama buat beregu ini selepas muncul juara beregu wanita Siri Masters Akhir di Kota Kinabalu, enam bulan lalu dan super siri kedua mereka selepas Terbuka Denmark tahun lalu.

Sementara itu, pemain India, Saina Nehwal, 19 mencuri tumpuan apabila bekas juara remaja dunia itu, muncul juara perseorangan wanita – kemenangan pertama buat wanita dari India – menewaskan pemain China, Wang Lin 12-21, 21-18, 21-9.

Dalam acara beregu lelaki kombinasi China, Chai Yun-Fu Haifeng yang menewaskan beregu negara, Koo Kien Kiat-Tan Beng Heong di separuh akhir kelmarin, tewas kepada pemain Korea, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae 21-15, 21-18.

China hanya meraih kemenangan dalam acara beregu campuran selepas gandingan Zheng Bo-Ma Jin menewaskan beregu Korea, Lee Yong Dae – Lee Hyo Jung, 21-17, 8-21, 21-16.

Sumber : Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

1 thought on “Siri Super Terbuka Indonesia 2009”

  1. friendly says:
    June 22, 2009 at 2:36 pm

    tahniah buat pemain perseorangan dan bergu wanita kita kerana menjadi juara dalam siri super terbuka indonesia… teruskan perjuangan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp