Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Siapa tidak kenal dengan Mawi (raja sms ) juara Akademi Fantasia musim ke 3.Siapa tidak kenal dengan Hafiz perserta akhir Akademi Fantasia musim ke 7 (digelar musim tranformasi).Aku tidak nafikan memang Mawi mempunyai peminat tegar dari peringkat kanak-kanak sehingga nenek budak.Ramai mengatakan Mawi mempunyai aura.Auranya mampu menegakkan bulu roma orang yang mendengar nyanyiannya.
Cukup untuk Mawi.Seterusnya mengenai Hafiz , peserta akhir Akademi Fantasia musim ke-7.Ingin dijadikan cerita , aku memang jarang layan AF7 tapi bila seorang yang aku anggap “bukan peminat hiburan” bertanya aku ! Kau tak layan mamak ni ? Mamak yang dia maksudkan adalah Hafiz.So aku jawab “tak layan sangat”.Member aku pun jawab ” rugi a , suara Hafiz memang merdu.
Lanjutan kisah itu , aku pun mula dengar nyanyian Hafiz.Fuh memang sedap betul suara Hafiz ni.Aku rasa suara Hafiz boleh mengalahkan suara Mawi yang “garau”.Maka dengan itu aku buat satu blog koleksi peribadi aku mengenai Hafiz untuk tatapan aku dan mungkin peminat Hafiz.
Sampai disini sahaja cerita aku kali ini , mungkin ada yang suka dan ada yang tidak suka dengan cerita aku kali ini.So pegangan aku ,semua orang mempunyai pendapat masing-masing seperti kes keputusan Mahkamah Tinggi mengesahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.
