Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Ekzema Atopik Jejas Emosi

Posted on August 16, 2008April 20, 2016 by Sabri Ahmad

PENYAKIT kulit mungkin dianggap tidak berbahaya atau mengancam nyawa. Namun, kehadirannya tetap meresahkan dan membuat berasa tidak selesa sehingga kadang kala menjejaskan emosi.

Situasi ini kerap dialami oleh penghidap ekzema atopik atau dermatitis atopic sejenis penyakit radang kulit yang mencetuskan ruam gatal hingga menyebabkan rasa sakit dan resah.

Penyakit kulit ini boleh menjangkiti sesiapa saja, namun lebih kerap berlaku pada kanak-kanak. Bahkan, mengikut statistik oleh Persatuan Dematologi Malaysia (PDM), lebih 15 hingga 20 peratus kanak-kanak sekolah mengalami ekzema atopik berbanding dua hingga 10 orang dewasa.

Kajian terbaru juga menunjukkan kadar jangkitan ekzema atopik telah bertambah sejak tiga dekad terakhir ini.

Penjagaan kulit kanak-kanak yang mengalami ekzema biasanya satu proses berterusan sehingga mereka dewasa. Selain kesan kesakitan, penyakit ini juga boleh memberi tekanan emosional dan kesan kewangan bukan sahaja ke atas pesakit tetapi juga ahli keluarga, khususnya penjaga.

Presiden PDM, Dr. Allan Yee berkata, secara umumnya, ekzema atopik satu bentuk alergi atau alahan, di mana ia berpunca daripada sistem kekebalan tubuh (imun) yang tidak normal sehingga membawa kepada kepada kerosakan kulit.
[ad#advertlets]
Ia adalah suatu keadaan di mana kulit pesakit khususnya kanak-kanak menjadi gatal dan kering.

Malangnya kata beliau, apabila kanak-kanak terasa kulitnya gatal, mereka akan menggaru dan ini merosakkan kulit dan mencetuskan kegatalan semula.

“Kulit yang mengalami ekzema atopik menjadi sangat kering disebabkan kehilangan terlalu banyak kelembapan. Bagaimanapun, ia boleh diuruskan dengan pelbagai rawatan termasuk menggunakan pelembap untuk kulit kering, mengambil steroid bagi mengatasi keradangan dan anti ubat gatal,’’ ujar majlis pelancaran Kempen Kesedaran Ekzema Atopik anjuran PDM di Sunway Piramid, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Kulit pesakit atopik ekzema bukan sahaja menjadi kemerah-merahan, tetapi juga bersisik, keras dan tebal terutama di bahagian tangan dan kulit yang berlipat misalnya pada bahagian siku serta lutut.

Kulit mungkin menjadi keras dan melecet atau bernanah akibat jangkitan bakteria.

Sembilan puluh peratus ekzema secara keseluruhan menunjukkan Staphylococcus aureus , iaitu bakteria yang mungkin menyebabkan keradangan.

Terdapat sari gabungan dan salap yang mengandungi satu steroid untuk mengatasi keradangan dan antibiotik untuk menghapuskan Staphylococcus aureus.

Sehingga kini kata Dr. Yee punca ekzema masih tidak diketahui. Jika seorang ahli keluarga mempunyai ekzema, asma atau alahan rinitis (alahan pada debunga), anak mereka ada peluang besar untuk turut mengalaminya.

Sesetengah kanak-kanak yang ada ekzema turut mendapat asma atau alahan rinitis.

Menurut Yee, kulit atopik ekzema yang pecah dan merekah menyebabkan kelembapan meresap keluar.

Selain menggunakan pelembap, steroid untuk keradangan dan antiubat gatal, pesakit boleh mengawal keadaan itu sendiri. Ini termasuk mengurangkan penggunaan cecair pencuci, penghilang bau sepert, kosmetik, debunga dan makanan tertentu.

“Pesakit-pesakit ekzema perlu mengelakkan menggunakan sabun atau mandian berbuih pada kulit mereka kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan kulit.

“Sebaliknya, mereka disarankan menggunakan pembersih dan pelembap yang bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung tetapi juga pelembap terutama kulit yang alergi,’’ ujar Dr. Yee lagi.

Pesakit turut dinasihatkan untuk berbincang dengan individu yang pakar terutama dalam pengurusan bagi meminimumkan serangan ekzema atopik.

Sementara itu Kempen Kesedaran Ekzema Atopik yang dijalankan dengan sokongan Leo Pharma, bertujuan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit tersebut.

Bagi meningkatkan lagi kefahaman, Leo Pharma juga telah menghasilkan beberapa buku cerita untuk membantu ibu bapa membincangkan mengenai aspek rawatan, aspek pengurusan sosial dan sebagainya.Buku ini juga turut mengandungi maklumat dan panduan pesakit terutama bagi membimbing ibu bapa yang mempunyai anak-anak ekzema atopik.Buku-buku ini boleh didapati secara percuma daripada para doktor dan pakar dermatologi.-Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

3 thoughts on “Ekzema Atopik Jejas Emosi”

  1. Noor Balilah says:
    March 5, 2010 at 11:17 am

    Saya ade menjual bar eumora yang boleh membantu pesakit ekzema tanpa mengira usia..Seperti diketahui penyakit ini tiada ubatnya..Tetapi bar eumora mempunyai keistimewaan tersendiri..
    Jika berminat. hubungi saya di 0127510504..

  2. tina says:
    November 30, 2010 at 11:28 am

    http://www.alghar.webs.com/

    sila rujuk website ini untuk maklumat lanjut mengenai perubatan ekzema

  3. Amira says:
    January 25, 2011 at 3:53 pm

    Sila rujuk testimoni di Website ini..
    Masalah Ekzema yang anda hadapi ada penyelesaiannya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp