Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sudah agak lama aku tidak lawat dan baca blog berunsur perniagaan internet.Dulu aku rajin baca blog pasal ilmu komputer dan blog perniagaan internet tapi sekarang aku beralih sedikit kepada blog peribadi @ blog pasal isu semasa.Tapi ilmu komputer dan perniagaan internet tetap menjadi matlamat aku.
Baiklah kita tinggal isu diri aku.Aku baru sahaja melawat dan membaca blog team flarebiz.Dah agak lama aku tidak baca blog team flarebiz.Bila aku masuk hari ini , team flarebiz sudah melangkah setapak lagi dengan memiliki pejabat sendiri.Wahhhh tahniah buat team flarebiz.Kalau dahulu team flarebiz menjalankan perniagaan internet dalam rumah sekarang tidak lagi.
Aku kagum dengan pencapaian team flarebiz , dengan usia sebegitu muda sudah mampu memiliki empayar perniagaan sendiri.Semoga pencapaian ini dapat memberi inspirasi kepada remaja diluar yang sedang hanyut denga kekasih dan motor honda lampu bulat.
Aku juga mempunyai cita-cita seperti beliau yang ingin memiliki perniagaan sendiri.Tapi bolehkah aku merialisasikannya dengan keadaan aku sekarang ! Mungkin boleh tapi bukan sebagai bos tetapi sebagai pendokong kerana isteri aku yang akan menjadi bos.hehehehe
Sekali lagi tahniah kepada Team Flarebiz.
