Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat , saya sendiri pun malu berhubung perilaku penyokong Kelantan yang merusuh selepas perlawanan bola sepak Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV.Tindakan penyokong Kelantan menunjukkan emosi yang tidak terkawal, bertindak agresif lalu merusuh dengan membakar sebuah kenderaan polis serta merosakkan beberapa buah kenderaan lain di pekarangan stadium sejurus perlawanan berakhir , sama sekali tidak patut dan tidak bermoral.Itulah sejarah hitam yang menyebabkan semua perlawanan yang sepatutnya dilangsungkan di stadium Kelantan di tukar ke Stadium Putra Bukit Jalil.
Apa pun aku ucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan dengan pencapaian ini.Walaupun ada yang mengatakan Kelantan naik bukan kerana anak jati Kelantan.So aku harap perlawanan akhir antara Kelantan dengan Selangor hari Sabtu ini berlangsung dengan baik tanpa keganasan.Biarlah kita jadi penyokong fantik yang bermoral.
Semoga warga Kelantan yang menetap di Lembah Klang dapat memberi sokongan dengan membanjiri stadium Bukit Jalil hari Sabtu nanti.Biarlah stadium dipenuhi dengan “warna merah”.Gomo kelate gomo.
