Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Gadis seksi pancing pengundi BN ? Itulah title yang diterbitkan dalam Malaysiakini.Gambar tiga artis Cina yang berpakaian seksi dirakam di majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang ,Parlimen Bukit Gantang.Majlis tersebut dihadiri oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ( Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Ismail Saffian ( Calon BN Parlimen Bukit Gantang ).
Berdasarkan gambar artis seksi Cina tersebut , aku rasa memang tidak patut diadakan.Walaupun majlis tersebut dibuat untuk kaum Cina.Sepatutnya pihak penganjur tidak mengadakan sesi menari dan menyanyi lagu rancak untuk majlis seperti itu.Itu majlis untuk berkempen bukan untuk berhibur.
Tapi kira “cover line” ler sikit coz Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membelakangi semasa artis seksi Cina sedang menyampaikan lagu dan menari.(berdasarkan gambar dibawah )
Sumber : Malaysiakini
