Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sebelum aku bercerita tentang isu yang aku ingin sampaikan ” Aku ingin ucapkan Selamat Hari Lahir untuk diri aku sendiri “.Untuk sedia maklum , perhimpunan Agung UMNO 2008 ditangguhkan bermula semalam sehingga diberitahu kelak.
Memang banyak perubahan yang dilakukan oleh UMNO termasuk barisan pemimpin yang muda dan berumur.Walau apa pun aku harap UMNO terus gah di negara tercinta.Maklumat lanjut mengenai berita-berita terkini mengenai UMNO boleh layari blog umno online.
Tapi tranformasi / perubahan yang dibuat oleh UMNO , diterima oleh rakyat atau pun tidak ? Aku masih ingat dengan perbualan kawan-kawan bila Khairy menang ketua pemuda UMNO ” . Apa yang mereka kata ” menang kerana duit”.Aduhhhhh……betul ke Khairy menang dengan duit ? Kadang-kadang orang kita selalu bercakap mengikut “angin” yang bertiup tanpa soal selidik dari mana “angin” itu datang.Mungkin inilah yang dikatakan orang kita suka “gosip politik” dan “gosip artis”.
