Pukul 6.15 petang ini Saiful telah mengangkat sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta dengan di temani oleh ahli keluarga dan disaksikan oleh imam masjid. Dimulai dengan kalimah syahadah Mohd Saifuk Bukhari Azlan telah bersumpah iaitu :
“Saya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya.
“Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah SWT dan akan dilaknat oleh Allah SWT sehingga hari kiamat.”
[ad#advertlets]
Mungkin ramai rakyat Malaysia yang terkejut dengan pengakuan tersebut. Malah mungkin juga ada pengikut Dato’ Seri Anuar Ibrahim yang mula berasa sangsi dengan beliau.
