Assalamualaikum semua……
Semalam di umumkan keputusan sayap-sayap penting dalam perjuangan UMNO untuk memartabatkan orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.Kepimpinana baru ini akan di ketuai oleh Dato Sri Najib.Berikut adalalah keputusan :

Ketua Wanita – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, 56, menang jawatan Ketua Wanita Umno selepas mengalahkan penyandang, Tan Sri Rafidah Aziz dengan majoriti 227 undi pada pemilihan pergerakan itu hari ini.

Ketua Puteri UMNO – Datuk Rosnah Abdul Rahsid Shirlin dipilih sebagai Ketua Puteri Umno yang baru setelah memperolehi 245 undi menewaskan lima calon lain.

Ketua Pemuda UMNO – Khairy Jamaluddin dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru setelah memperolehi 304 undi, menewaskan dua calon lain iaitu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
