Semalam Lee Chong Wei pemain badminton perseorangan berjaya menewaskan pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 21-9, 21-11 pada peringkat suku akhir yang berlangsung di Gimnasium Universiti Teknologi Beijing.
Setakat ini hanya Lee Chong Wei menjadi pertaruhan terbaik negara untuk meraih pingat pertama setakat ini selepas pemain kelahiran Pulau Pinang itu berjaya melayakkan diri ke separuh akhir acara badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik.
[ad#advertlets]
Namun tugas berat menanti pemain nombor dunia itu apabila bakal bertemu pemain Korea Selatan, Lee Hyun-il pada pukul 6.30 petang hari ini untuk layak ke perlawanan akhir.
Mengapa atlet kita pada kali ini kurang berbisa berbanding dahulu.Adakah dalam fikiran mereka mengejar RM 1 juta yang ditawar oleh kerajaan Malaysia.Pada pendapat saya habuan seperti itu tidak sesuai kerana serba sedikit boleh menjejaskan matlamat atlet.
