“Simcard Tone Excel : Haram Kerana Berunsur Helah dan Riba Tanpa Sedar” !

UDPATE : 24-4-16

Demi Keharmonian, Isu TE Dibuang Dari Page

Banyak teguran dan nasihat yang membina yang diterima daripada sahabat-sahabat Admin ahli TE dan pandangan awam, antaranya cadangan adalah seperti berikut:

1. Walaupun kita boleh berbeza pendapat, tapi teguran perlu dibuat dengan cara yang baik.
2. Oleh kerana tidak semua orang boleh menerima wujud pendapat yang berbeza, maka posting muamalat.my tentang TE lebih mencetus perbalahan masyarakat yang tidak diingini perlu dibuang.
3. Tidak lagi mengulas isu TE dalam muamalat.my kedua-dua pihak kekal dengan hujah masing-masing.
4. Walaupun kedua-duanya pendapat sama ada yang bersetuju dengan yang tidak bersetuju dengan TE diutarakan, perbalahan masih berlaku dan tidak mencapai objektif keterbukaan yang diinginkan.
5. Admin mengkaji semula pendapat yang telah diutarakan.
—-

Setelah meneliti pandangan dan mengambil kira maslahah yang lebih besar, seperti objektif asal page muamalat.my ini diwujudkan, admin page ini bersetuju untuk beberapa perkara berikut:
1. Membuang post berkenaan ‪#‎kisahbata‬ kerana melihat kepada pergaduhan yang tidak diingini berlaku antara masyarakat netters.
2. Walaupun admin berbeza pendapat tentang hukum dengan ahli TE, Admin dengan rendah hati memohon maaf jika pandangan peribadi ditafsirkan sebagai menjatuhkan hukum terhadap orang lain, atau bahasa yang digunakan dilihat menghina dan merendahkan kerana itu bukan niat asalnya.
3. Kenyataan ini mungkin tidak dapat memuaskan hati semua orang, tapi sekurang-kurangnya pernyataan ini menunjukkan kami ikhlas dalam memulihkan keadaan.
4. Cadangan supaya kaji semula pendapat tidak boleh dibuat kerana jika keputusan kajian sama, situasi yang sama berlaku kembali.
5. Tidak lagi akan mengulas isu TE demi menjaga silaturrahim yang amat diutamakan oleh agama.

Tujuan page ini diwujudkan bukan untuk mencetuskan kekecohan, tetapi memberi penyelesaian Syariah dalam muamalat.

Sehubungan dengan itu, beberapa polisi menjawab persoalan awam akan diperkemaskan lagi. Page muamalat.my akan terus komited memberikan solusi-solusi Syariah terhadap isu semasa.

Nota : Artikel di bawah hanya SATU PANDANGAN , ini tidak bermaksud Tone Excel HARAM.Sepatutnya penulis tersebut tidak secara terang menyebut Tone Excel tanpa kajian secara ILMIAH.
Rukun Perniagaan Dalam Islam:
1. Ada penjual dan pembeli.
2. Ada barang yang dijual beli.
3. Ada tanda harga yang ditetapkan.
4. Ada akad dan qabul.
☛ TONE EXCEL PATUH SYARIAH TANPA MALAYSIA OFFICIAL PANEL SAH
1. Bukan produk emas / perak.
2. Tujuan perniagaan jelas.
3. Komisen yang diberikan jelas sumbernya.
4. Tiada komisen tanpa usaha dan money game.
5. Komisen keuntungan berdasarkan jumlah ahli yang ditaja.
6. Bukan perniagaan berasaskan sistem piramid
7. Tidak mewajibkan ahli membuat belian secara tetap pada kadar tertentu.
8. Sistem perniagaan yang jelas.
Jom baca posting penuh pandangan Ahmad Sufyan Che Abdullah di FP beliau ;
Di sebalik #kisahbata dan Simcard Tone Excel – Satu Pandangan
Simcard Tone Excel Haram kerana berunsur helah dan riba tanpa sedar (2)
Terlalu banyak pertanyaan diterima tentang #toneexcel. Saya pernah tulis di muamalat.my tapi tidak menjawabnya secara ‘direct to the point’. Kali ini supaya lebih faham, terutama para ustaz dan penuntut muamalat, perhatikan baik-baik. Dalam proses ‘tahqiq al-manat’, situasi ini, dalam usul fiqh (teori hukum Islam) dikenali sebagai ‘al-khafi’. Al-khafi ialah satu situasi yang mana ‘al-manat’ atau objektif hukum itu sudah jelas pada peringkat teori, tapi kabur dalam aspek pelaksanaannya, lantaran kesukaran kita untuk mengkonsepsikan realiti dalam bentuk yang jelas. Yang kabur itulah saya jelaskan dalam bentuk tamsilan mudah melalui #kisahbata.

Simcard Tone Excel Haram kerana berunsur helah dan riba tanpa sedar (1)
#kisahbata sebenarnya bertujuan untuk menjelaskan hakikat sebuah perniagaan. Adakalanya kita dikelirukan dengan kewujudan produk, akad, dan perniagaan. Kekeliruan ini tidak sekadar mengelabui mata pencinta harta, bahkan mengelirukan para ustazah dan para penuntut muamalat Islam. 
Daripada contoh #kisahbata, kita dapat lihat wujud unsur utama kontrak. Iaitu, akad yang jelas, produk yang ‘real’, dan kelebihan yang betul. Namun, ‘common sense’ kita dapat kesan bahawa kontrak itu bukanlah jual beli yang sebenar yang diiktiraf oleh agama. Adakah boleh kita jual bata itu harus, kerana kita tidak memaksa pembelinya untuk menjual bata jenama yang sama kepada orang lain? Adakah boleh kita katakan harus, jual bata dengan harga setinggi itu, hanya kerana adanya ‘mutual consent’? Walaupun bata itu ada gunanya untuk membuat rumah, tapi itu bukan tujuan utama pembeli bata. Pembeli bata tidak mahu produk, tapi mahu kelebihan yang lain. Dan kelebihan yang lain itu tidak akan diperolehi kecuali dengan menjual bata yang mahal itu, sedangkan bata lain yang murah yang seumpamanya ada di pasaran.
Inilah yang berlaku dalam simcard TE, yang merupakan simcard Tune Talk yang dimahalkan harganya hanya kerana untuk menjana pendapatan pasif. 
  • Anda boleh dapatkan sim kad TuneTalk dengan harga RM30 (termasuk GST) dengan kredit isian RM45 + 1.5GB data! Tapi ToneExcel harganya RM98.60 (termasuk GST).Perbezaan harga sangat ketara.
  • Semua kelebihan yang dinyatakan dalam TE ada dalam TT. Jadi mengapa TE perlu mahal?
  • Call rate TE sangat mahal 28 sen berbanding TT 16 sen, 75% lebih mahal berbanding TT. Tidaklah menguntungkan jika setiap kali topup dapat bonus, atau downline yang topup, upline dapat percentage bonus, kerana anda telah bayar lebih 75% daripada produk asal. Anggarkan jika penggunaan RM160 TT, pengguna TE bayar RM280!.
  • Produk TE menawarkan point untuk beli tiket AirAsia, produk TT pun sama.
  • Produk TE menawarkan insurans konvensional sama seperti TT. Ini pun satu masalah, apabila secara tidak langsung anda terlibat dengan insurans konvensional. Syaratnya topup RM50.
Ringkasnya, semua harga termasuk sim card dan kos panggilan dinaikkan, hanya untuk mencipta satu skim pendapatan pasif, sama sahaja 100% dengan #kisahbata yang anda baca.
Kita tidak kisah jika Simcard ToneExcel mahal jika :
  • Nombornya cantik, contohnya 0111-999 2020, at least berbaloi; atau
  • Tempoh jangka hayat yang panjang, contohnya tak perlu topup 8 tahun, berbaloi; atau
  • Data 100GB sebulan free, at least, berbaloi
  • Atau apa sahaja yang common sense atau ‘uruf masyarakat boleh nilai sebagai berbaloi. Tapi ia tidak wujud dalam produk ini kecuali dengan menjual semula kepada orang lain.
Di kala masyarakat kita sibuk membantah GST cuma 6% untuk kredit tambah nilai, TE menaikan harga Simkad mereka sehingga lebih 300% dan menaikkan kadar panggilan sehingga 75% hanya untuk menghidupkan skim pendapatan pasif dengan jualan semula.
Jelas, tanpa berselindung lagi, saya kali ini tidak dapat mencari sebarang alasan untuk tidak mengatakan simcard ini adalah berunsur piramid, gharar, dan mengandungi unsur al-ghubn al-fahisy, iaitu eksploitasi kerelaan untuk mendapatkan keuntungan yang berlebihan.
Jika dilihat pula fatwa-fatwa antarabangsa tentang isu produk yang dinaikan harga seperti ini, dan tujuannya iaitu untuk mewujudkan satu sistem piramid, menurut fatwa oleh Lajnah al-Buhuth wa al-Ifta, Arab Saudi, juga oleh Darul Ifta’, Jordan, Darul Ifta Mesir, adalah haram kerana berunsur riba (secara helah), gharar, dan eksploitasi kerelaan. Walaupun produk itu wujud, tapi produk itu bukanlah sesuatu yang diinginkan, yang diinginkan adalah keunntungan hasil jualan semula produk yang sama yang mahal, sedangkan produk lain seumpamanya wujud di pasaran. Menurut mereka, alasan wujudnya barang untuk dikatakan sebagai harus, tidak boleh dipakai kerana produk hanya helah, yang dikehendaki bukan produk. Kalau inginkan produk, beli sahaja TT, lebih murah.
Produk ini juga tidak menepati kriteria produk yang digariskan oleh Garis Panduan MLM JAKIM iaitu kerana melibatkan elemen riba.
(a) Harga bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat hendaklah munasabah, berpatutan, tidak melampau dan berkadaran dengan jenis dan kualiti barang perkhidmatan.
Namun, ada cara untuk jadikan produk Skim TE ini agak patuh Syariah. Tidak susah bagi pemasaran yang ada produk untuk jadi patuh Syariah. Caranya ialah jadikan simkad ini berbaloi kepada pembeli dengan harga yang mahal, seperti yang dinyatakan di atas. Cadangan saya, berikan nombor yang cantik dan berbaloi, atau tempoh jangka hayat yang panjang dan berbaloi, atau paling kedekut pun panggilan yang sangat rendah berbaloi dengan simkad yang dibayar. Bukan beri kelebihan kerana menjual semula sim kad itu. 
Ya, mungkin sah di sisi undang-undang, tapi dalam dunia kapitalis sekarang ini, banyak perniagaan yang “legally right but morally wrong”. Sebenarnya tanpa melihat hukum agama pun, common sense boleh menilainya.
Sebagai kesimpulan, ini sekadar pandangan peribadi berasaskan penelitian saya, dan pandangan saya tidak mengikat anda untuk menerimanya. Anda bebas untuk bersetuju atau tidak. Cuma jika anda tidak bersetuju dengan pandangan ini, anda mungkin boleh bersetuju jika kita jual bata binaan itu dijual dengan harga RM100 sebiji!
Wallahu A’lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Replies to ““Simcard Tone Excel : Haram Kerana Berunsur Helah dan Riba Tanpa Sedar” !

  1. Demi Keharmonian, Isu TE Dibuang Dari Page

    Banyak teguran dan nasihat yang membina yang diterima daripada sahabat-sahabat Admin ahli TE dan pandangan awam, antaranya cadangan adalah seperti berikut:

    1. Walaupun kita boleh berbeza pendapat, tapi teguran perlu dibuat dengan cara yang baik.
    2. Oleh kerana tidak semua orang boleh menerima wujud pendapat yang berbeza, maka posting muamalat.my tentang TE lebih mencetus perbalahan masyarakat yang tidak diingini perlu dibuang.
    3. Tidak lagi mengulas isu TE dalam muamalat.my kedua-dua pihak kekal dengan hujah masing-masing.
    4. Walaupun kedua-duanya pendapat sama ada yang bersetuju dengan yang tidak bersetuju dengan TE diutarakan, perbalahan masih berlaku dan tidak mencapai objektif keterbukaan yang diinginkan.
    5. Admin mengkaji semula pendapat yang telah diutarakan.
    —-

    Setelah meneliti pandangan dan mengambil kira maslahah yang lebih besar, seperti objektif asal page muamalat.my ini diwujudkan, admin page ini bersetuju untuk beberapa perkara berikut:
    1. Membuang post berkenaan ‪#‎kisahbata‬ kerana melihat kepada pergaduhan yang tidak diingini berlaku antara masyarakat netters.
    2. Walaupun admin berbeza pendapat tentang hukum dengan ahli TE, Admin dengan rendah hati memohon maaf jika pandangan peribadi ditafsirkan sebagai menjatuhkan hukum terhadap orang lain, atau bahasa yang digunakan dilihat menghina dan merendahkan kerana itu bukan niat asalnya.
    3. Kenyataan ini mungkin tidak dapat memuaskan hati semua orang, tapi sekurang-kurangnya pernyataan ini menunjukkan kami ikhlas dalam memulihkan keadaan.
    4. Cadangan supaya kaji semula pendapat tidak boleh dibuat kerana jika keputusan kajian sama, situasi yang sama berlaku kembali.
    5. Tidak lagi akan mengulas isu TE demi menjaga silaturrahim yang amat diutamakan oleh agama.

    Tujuan page ini diwujudkan bukan untuk mencetuskan kekecohan, tetapi memberi penyelesaian Syariah dalam muamalat.

    Sehubungan dengan itu, beberapa polisi menjawab persoalan awam akan diperkemaskan lagi. Page muamalat.my akan terus komited memberikan solusi-solusi Syariah terhadap isu semasa. – Muamalat.my

  2. Bagaimana pula sebuah kereta jenama Ferrari dijual pd harga jutaan ringgit sedangkan kereta jenama proton lebih murah, tiada unsur riba disitu?
    pengalaman saya sebagai jurujual kereta, lebih bnyk kereta dijual maka lebih bnyk keuntungan dlm bentuk komisyen dan insentif lain macam sistem TE, setiap ahli ditaja maka itu adalah Jualan yg kita lakukan dan dibayar keuntungan dalam bonus serta insentif lain. Mudah untuk difahami. Jual sikit dpat sikit, jual banyak dpat banyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *