Bulan Ramadhan kita diwajibkan berpuasa selama sebulan.Selepas bulan Ramadhan kita akan menempuh bulan Syawal.Dalam bulan Syawal kita digalakkan berpuasa selama 6 hari.Berpuasa selama enam hari di bulan Syawal seolah-olah kita berpuasa selama setahun.
Perkara ini disandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa di bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun.” (Riwayat Muslim dan Imam Ahmad).
[ad#advertlets]
Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa.
Marilah kita sama-sama rebut peluang keemasan ini sebelum terlambat.Kalau sebulan kita boleh berpuasa , takkan enam hari tidak boleh.Bulan Syawal tidak menunggu kita , sebalik meninggalkan kita secara beransur-ansur.
Kredit : Harakah