DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU
Assalammualaikum & salam sejahtera,
Kepada sahabat usahawan emas dan juga bakal usahawan emas.
Empat tahun lalu, saya hanyalah seorang lelaki biasa yang bekerja makan gaji sebagai seorang kakitangan awam di sebuah pusat pengajian tinggi. Alhamdulillah, dari pekerjaan tersebut dapatlah saya menampung kehidupan keluarga saya dan membuat sedikit simpanan. Nak kata banyak simpanan itu.. tidaklah banyak. Tetapi cukuplah untuk menampung hal-hal kecemasan jika berlaku.
Saya sememangnya seronok dan gembira dengan pekerjaan saya… rakan-rakan sekerja yang sekepala dan mempinyai bos yang sangat memahami.. menjadikan tempat kerja saya sebagai satu tempat yang enjoy untuk saya datang dan terus bekerja setiap hari.
Tetapi.. satu perkara yang menjadi kerisauan saya ialah tentang duit simpanan saya. Maklumlah.. dari sehari ke sehari, kos sara hidup semakin meningkat.. harga minyak naik, harga barang-barang keperluan naik, harga yuran astro pun naik.. boleh kata semua benda lah naik harga. Yang tak naik-naik, cuma gaji sahaja…
Perkara ini menjadikan nilai wang yang saya miliki terasa semakin kecil dari sehari ke sehari. Jika tidak ditangani dengan segera, kemungkinan besar, wang simpanan yang saya miliki juga akan habis dan menyusut nilainya..
Menukar Wang Simpanan Kepada Emas
Suatu hari, saya terbaca tentang emas yang mempunyai kelebihan di dalam melawan inflasi. Saya pasti, anda juga sudah mendengar tentang hal ini.
Di zaman rasulullah dahulu, harga seekor kambing, hanyalah 1 dinar, dan pada zaman kini, ianya masih lagi sama… harga seekor kambing masih juga 1 dinar, iaitu sekitar RM700 seekor.
Ditambah lagi dengan fakta bahawa emas adalah merupakan mata wang yang digunapakai oleh masyarakat islam suatu waktu dulu dan juga, ada disebut di dalam alquran bahawa emas adalah logam yang berharga.
Maka, ianya meyakinkan saya untuk menukarkan wang simpanan saya ke dalam bentuk emas.
Dipendekkan cerita saya pun menukarkan sebahagian dari wang simpanan saya kepada emas dengan membeli emas keluaran Public Gold.