Pendidikan Semakin Mahal Ibubapa Makin “Gila”

Screenshot 2015-11-16 09.35.09

Pendidikan jadi semakin mahal … parents berlumba-lumba nak masukkan anak-anak ke sekolah terbaik … dari TASKA lagi nak yang terbaik …. nak acuan yang sempurna … sekolah yg mampu jadikan si kecik fasih berbahasa inggeris … ada yg mahukan si kecil jadi hafiz quran seawal usia 6 tahun.

Maka macam-macam perkara di lakukan … perebutan untuk masukkan anak ke sekolah yg bagus jadi semakin tinggi. Guna surat JKKK … Guna surat YB … Pendidikan jadi semakin mahal dan parents jadi semakin “gila” dan sensitif dengan kejayaan/ pencapaian anak-anak masing. Mereka sanggup buat apa saja …

Oppssss … !!
Kadang-kadang terlupa … mereka hanya anak kecik yang perlukan kasih sayang, belaian, perhatian dan mereka juga perlu bermain dan enjoy zaman kanak-kanak mereka.

Oppssss … !!
Tidak semua anak dilahirkan untuk berjaya dalam akademik. Malah kita semua boleh berjaya dalam apa saja bidang lain berdasarkan minat dan kebolehan anugerah Tuhan.

Dan … kejayaan sebenar ibubapa adalah bila anak mereka ada disisi sewaktu mereka sakit, mendoakan mereka sepanjang masa , bacakan ayat-ayat quran untuk mereka, mandikan jenazah dan imamkan solat jenazah mereka bila mereka meninggal dunia …
Itulah ibubapa yang berjaya. – Raja Shamri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One Comment

  1. Top Seo Friendly November 19, 2015

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *