1

Pemandu Teksi Berbangsa India Ini Terlanggar Kereta Alphard Melayu Ini. Tapi Tak Sangka Lelaki Ini Balas Dengan Cara Ini

Kemalangan kecil yang berlaku telah membuka mata individu ini mengenai jerih kehidupan seorang pemandu teksi. Kereta yang selama ini menjadi mata pencarian tiba-tiba remuk berlanggar dengan kenderaan lain.

Dengan muka yang runsing dia tidak henti-henti meminta maaf tanda bersalah.

Uncle Angadorai, seorang pemandu teksi berusia 62 tahun yang telah kematian isteri tercinta. Anak-anak pula dah kahwin, dah lepas dah katanya.

“Saya bawa teksi ni pun untuk tampung kehidupan sendiri tuan” sambung Uncle Anga.

“Alhamdulillah uncle, kita ni kalau anak-anak semua serba cukup kita sudah rasa besar nikmat dan bersyukur dah” kataku padanya.

Sepanjang lebih kurang 1 jam kami di balai, sempat juga aku bergurau dengan dia.

“Kalau uncle mau, saya banyak minnaci boleh kasi rekomen” tambahku dengan niat bergurau.

“Saya tak mau, saya mau tunggu isteri saya sampai mata saya tutup nanti” balas uncle Anga tersenyum tetapi cukup tegas.

Banyak perkara yang aku borak dengan uncle ni, berkisar tentang perkahwinan dan kehidupan.

Bagaimana dia boleh setia bersama cinta sejati mendiang isteri walaupun tiada lagi jasad setelah berpuluh tahun hidup berpasangan.

Selama ini kita dihidangkan dengan cerita pemandu teksi adalah orang yang kurang ajar dalam pemanduan.

Tapi tak semua, malahan aku sendiri pun baru terbuka mata tentang jerih kehidupan seorang pemandu teksi.

“Kenapa you tak join Grab uncle”?

“Susah tuan, saya sudah tua kereta pun sudah lama”.

“Banyak prosedur dan peraturan yang saya tak boleh lepas, belum campur lagi saya punya kesihatan yang tak menentu ni” balasnya.

Uncle ni pula berbangsa India, iaitu bangsa yang sekarang ini tengah heboh dan tegang dengan perselisihan kaum bersama Melayu, yakni bangsa aku sendiri.

Saat kemalangan yang melibatkan aku ni berlaku, uncle Anga keluar dari kereta dan berlari anak sambil tangan sebelah menutup kepala yang akan demam kalau lama-lama menadah hujan.

Saat dia berlari ke arah aku yang sedang meneliti keadaan kereta, pintu sebelah pemandu tak boleh dibuka, aku perasan uncle ni berlari anak sambil kaki berdengkot.

Kasihan, insan yang semakin dimamah usia terpaksa meminta maaf pada orang yang berpuluh tahun muda dari dia.

“Im so sorry, i am really sorry Sir!”

Very gentle.

Dengan muka yang kelihatan runsing, letak tangan di dahi, fikirkan keadaan teksinya iaitu mata pencarian yang dah remuk akibat kemalangan.

Aku memang tak marah langsung. Tak tahu kenapa, sikit pun tak.

“Mahal ni tuan, minta maaf saya betul-betul tak perasaan” kata uncle Anga.

“Tak apa uncle i claim saja nanti, i pun bukannya orang kaya mau keluar wang sendiri”.

Tambahku “You okay ke uncle?”

“Saya ok, cuma ada terkejut sikit la tangan a bit shaking” balas uncle Anga.

Rasa kasihan dan lembut hati lihat Uncle ini

Rasa kasihan dan lembut hati lihat uncle ni, teringat bapak aku di rumah. Bayangkan, macam mana kalau bapak aku sendiri dalam situasi macam ni?

“Really sorry sir”.

Pintaku “It’s ok Uncle. Siapa yang mau excident? Benda sudah jadi, kecik punya hal”.

“I punya kereta ni pun kereta kerja saja uncle, kereta lama”.

“Kereta ada insurans, kita pergi buat report dan semua boleh selesai. Uncle jangan susah hati ya?”

Sayu aku lihat muka uncle Anga yang basah dek hujan.

Dalam hidup ni semua orang akan diuji, cuma ujian setiap orang itu berbeza. Ada kecil, ada yang besar. Dugaan dan musibah yang Allah beri tu kadang-kadang tersembunyi pelbagai nikmat dan rahmat yang lebih besar.

Kekadang laju meluncur di bibir kita tentang keluhan atau rintihan bila diuji. Sampai satu dunia tahu kau dilanda ujian. Semua orang dipersalahkan sampai kau persoalkan kerja Tuhan.

Innalillah wa inna lillahi rajiun.

Kami ini milik Allah, kepadaNya kami dikembalikan. Ini kalimah yang patut kita ucap ketika diuji.

Ingat, kita ni milik Tuhan dan Tuhan layak menguji kita. Jangan sesekali nak mengamuk tak tentu hala apabila diuji.

Aku dulu macam tu juga, rugi. Allah, ruginya rasa bila kenang balik zaman muda remaja dulu.

Aku redhakan semua hatta ganti rugi sesen pun tak terlintas dalam kepala ni untuk aku minta.

Baik aku, baik uncle Anga, kami tak kena saman oleh IO yang handle kes kecil ni.

Bilamana urusan orang lain kita permudahkan walau apa salah dia lakukan dengan ikhlas dan redha, walau siapa pun dia tak kenal warna kulit dan agama, pasti Allah permudahkan urusan kita.

Alhamdulillah terima kasih pada Sarjan yang bertugas ketika itu, berbudi bahasa, baik orangnya dan mempermudahkan urusan aku serta uncle Anga.

Semoga kita semua sentiasa positif dan kuat untuk segala keburukan dan kelemahan yang datang. Berbuat baik kepada orang lain, tak kira bangsa dan agama.

Kita yang tentukan samada nak sejukkan keadaan atau panaskan lagi sesuatu keadaan tu. Semoga kita sentiasa positif dan kuat untuk segala ujian, keburukan dan kelemahan.

Bangsa Melayu kita adalah bangsa yang beradap, bangsa yang bertamadun dan bangsa yang berpegang teguh kepada kebaikkan.

Dan semua kenalan aku yang berbangsa India ataupun Cina, semuanya baik-baik tutur kata dan tindakkannya.

Alhamdulillah.

Kalau sesiapa yang ada sekitar Senawang, Seremban atau yang berdekatan memerlukan teksi dan pemandu yang baik serta jujur, boleh hubungi Uncle Angadorai di talian
012-6054024.

Sampai je KL aku hantar claim insurance, selesai.

Sejak tak ada driver ni, bila aku drive sendiri nak pergi outstation bawa kereta bersaiz bagak macam peti ais ni, rasa macam dah kurang alert la. Sumber : Mizan Dzai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabri Ahmad

Hanya insan biasa yang mencari keredhanNya.Seorang pemain industri internet yang sedia membantu rakan-rakan yang memerlukannya.

One Comment

  1. mengapa kita perlu sebut bangsa kerana itu orang akan ekspolotasikan isu terutama puak pollitik yang ingin naik dan jadi jaguh berkait isu perkauman. Rasa nya malaysia akan aman bila tiada jaguh politik perkauman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *