Orang Kita Ketagih dan Gila SMS

Dalam rancangan Wanita Hari Ini terbitan TV3 membincangkan satu topik iaitu ketagih sms.Hari ini telefon bimbit sudah menjadi keperluan bukan lagi kehendak.Dengan bermodalkan RM50 anda mampu memilik telefon bimbit.Kalau dahulu telefon bimbit untuk golongan kaya namun sekarang budak sekolah sudah pun memilik telefon bimbit snediri.Yang membezakan mereka adalah harga telefon bimbit.Orang kaya guna telefon mahal , orang miskin guna telefon murah.

Apakah itu sms ,ia merupakan satu bentuk komunikasi yang murah, cepat dan menyeronokkan untuk menghantar dan menerima mesej melalui telefon bimbit. Tulisan yang tertera pada skrin telefon bimbit ini menyamai huruf-huruf yang terdapat pada papan kekunci komputer. SMS pertama, dihantar pertama kalinya pada Disember, 1992.

Adakah anda seorang yang ketagih dan gila sms? Pada masa sekarang gila sms tidak mengira umur dan jantina , cuma kesannya mungkin berbeza.Kesan bagi remaja dan pelajar akan merosakkan masa depan mereka sendiri.Manakala kesan kepada dewasa akan meruntuhkan kehidupan seharian.

Saya tidak menyalahkan teknologi sms sebaliknya menyalahkan diri kita sendiri.Teknologi bagus untuk kehidupan kita pada masa sekarang dan akan datang.Kita yang sepatutnya pandai mengurus dan mengguna teknologi untuk kebaikan.Contoh tidak baik (kredit url petikan perbualan tidak dapat saya bagi kerana kurang sopan)

Berikut perbualan Fiza dengan wartawan:

FIZA: Hai! lama tunggu? sorry I kena punch card (rakam waktu pada kad) dulu tadi.

WARTAWAN: Baru je sampai. Apa plan U lepas ni? nak makan dulu atau projek?

FIZA: I tak kisah tapi U kena cari tempat parking sunyi sikit. Sini tak selamat coz (sebab) ramai orang. U nak berapa kali?

WARTAWAN: I tak fikir lagi. I cuma ada RM100 dalam poket… cukup ke? Apa kata kita pergi singgah beli bungkus McDonalds dulu. I lapar! sambil tu boleh borak dulu.

FIZA: Mana U dapat nombor telefon I?

WARTAWAN: Ada member I nama Man pernah chat dengan you bagi nombor handphone ni. You kerja mana?

FIZA: I kerja dekat butik baju… dah dekat setahun tapi semua benda kena buat termasuk tukang jahit, despatch sampailah kerani akaun. Tapi gaji kecil.

WARTAWAN: Tapi I tengok you mampu pakai kereta. Kalau gaji kecil takkan you mampu drive tiap-tiap hari dari rumah di Sungai Buloh.

FIZA: Sebab tu I buat kerja ni part time (sambilan)… paling tidak boleh isi minyak kereta tiap-tiap hari. Kos hidup pun dah makin tinggi kalau tak buat kerja part time macam mana nak hidup senang sikit.

WARTAWAN: Berapa ramai (pelanggan) jumpa you dalam seminggu?

FIZA: Tak de lah ramai sangat. Ada dalam dua tiga orang seminggu. Itupun ramai kawan-kawan lama yang rindu.

WARTAWAN: Pernah diaorang (mereka) bawa you buat projek kat hotel? You caj berapa?

FIZA: Dulu adalah tapi sekarang kurang. Setakat bagi RM150 pun I terima. Tapi sekarang I cuma buat lepas habis kerja antara pukul 5 hingga pukul 7 petang je. Kena balik awal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *