Komen Azizi Ali Tentang Highway Resources ( Highway Group )

 

image

1. Setelah membaca write-up dan mendapat keterangan tentang Highway Resources, saya mempunyai banyak kesangsian dan reservations tentang operasi syarikat ini. Mengapa? Read on.

2. Berikut adalah write-up dalam laman web mereka:
“Konsep highwaygroup ialah muafakat jemaah, bukan perniagaan. Sebagaimana khairat kematian yang diwujudkan dalam sistem ekonomi islam. Wang yang kita join akan disimpan dalam tabung kumpulan dana highwaygroup. Wang tersebut akan dibahagi apabila tiba masanya seperti yang telah ditetapkan, iaitu pada 10hb, 20hb & 30hb. Untuk mudah faham. Contoh khairat kematian. Wang dikumpul dalam satu tabung, dan akan dibahagi kepada ahli yang menyertai bila tiba waktu yang ditetapkan iaitu mati. Begitu jugalah dengan highwaygroup. Amatlah mudah untuk anda fahamkan perjalanan wang dalam highwaygroup.”

3. Ayat ini memang power sebab mereka meminjam konsep khairat kematian dan bayangan agama Islam untuk mempromosi program mereka. (FYI, konsep yang lebih kurang serupa digunakan oleh scam Mecca Fund untuk menarik wang ‘pelabur’ yang kurang arif tentang pelaburan.)

4. Jadi in summary, Highway Resources mengutip wang daripada ‘pelabur’ dan kemudiannya memberi pulangan selepas waktu tertentu. Lebih banyak wang yang ‘dilaburkan’, maka lebih tinggilah jumlah pulangan. Dan jika anda merekrut ‘pelabur’ lain ke dalam program ini, anda akan dapat menikmati pulangan yang amat menarik.

5. Poin 2 hingga 4 memang nampak power. Tetapi apakah yang membuatkan saya begitu curiga dengan program Highway Resources ini? Banyak sebabnya.

6. Pertama: syarikat ini mengutip wang pelabur Malaysia. Ini adalah satu kesalahan disegi undang-undang kerana hanya entiti2 terpilih saja (e.g. bank, syarikat unit amanah dan syarikat insurans) yang boleh bertindak demikian.

7. Syarikat ini memberikan ‘pulangan’ daripada ‘pelaburan’ yang dibuat (bukti ‘pelaburan’ tidak pula diberikan; cuma main sebut saja!). Ini bermakna program ini adalah satu pelaburan, yang bermakna mereka sekali lagi menyalahi undang2 Malaysia.

8. Syarikat ini juga menggunakan konsep mlm (boleh rekrut downline). Hanya syarikat yang mempunyai lesen jualan langsung (direct selling) yang dibenarkan bertindak demikian. Ini lagi satu kesalahan kerana setahu saya Highway Resources tak mempunyai lesen tersebut.

9. ‘Pulangan’ pelaburan (ROI) yang diberikan tak masuk akal – 214% dalam masa 4 bulan! Seperti yang saya selalu khabarkan, walaupun kita semua mahu ROI yang tinggi, ROI tersebut mestilah angka yang sensible dan reasonable. Dan ROI 214% dalam masa 4 bulan tak masuk akal langsung! Ini seperti team bolasepak kampung Seri Wangi mengalahkan Real Madrid dengan scoreline 10–0!

10. Mengapa ROI tersebut tak masuk akal? Legenda2 pelaburan dunia seperti Warren Buffett dan George Soros pun ‘hanya’ memberikan ROI diantara 22%-34% setahun! Jadi masuk akalkah orang yang baru berniaga beberapa bulan boleh memberikan pulangan yang begitu tinggi menggila?

11. Jika betul angka ‘pulangan’ itu pula, sudah tentu satu dunia akan melompat! Majalah Fortune dan Forbes serta stesyen TV CNN dan Al-Jazeera akan menemuramah pengurus pelaburannya, dan satu dunia juga akan datang berpusu-pusu untuk melabur dalam program ini. Semua ini tak berlaku dan malah tak ada siapa di luar Malaysia yang kisah langsung!

12. Saya juga mempunyai banyak persoalan tentang syarikat dan dana ini: Siapakah pengurus dana tersebut? Apakah kelayakkannya? Berapa lamakah pengalaman beliau menguruskan dana? Siapakah lagi management team dana tersebut? Semua maklumat ini tak ada disebut.

13. Siapakah auditor dan trustee dana tersebut? Tanpa kedua entiti ini, pengurus boleh melakukan apa saja yang dia mahu dengan wang yang dikutip – joli, makan angin, kahwin lagi satu…

14. Wang yang dikutip ‘dilaburkan’. Tetapi apakah pelaburan yang dibuat? Kalau main sebut tanpa bukti, budak2 sekolah pun boleh sebut!

15. Dimanakah prospectusnya? Dimanakah laporan tahunannya? Kedua2 dokumen ini pun tak ada. Tanpa dokumen2 ini, bagaimana kita nak tahu objektif dana, pulangannya, risikonya, dimana pengurus nak melabur wang dikutip, etc.?(FYI, Pegasus Bullion dan UFun juga tak mempunyai dokumen2 kritikal ini.)

16. Jangan pula terpedaya dengan gambar borang 9 (perakuan perbadanan syarikat sendirian). Borang itu adalah pendaftaran syarikat dengan SSM. Dalam kata lain, syarikat itu telah didaftarkan dengan SSM. FYI, SEMUA syarikat Sdn Bhd di Malaysia mempunyai borang yang serupa! Ini tidak bermakna bisnes mereka untung, valid dan tak menipu! (Langkah ini lebih kurang sama dengan seorang Mamat – dengan megahnya – menunjukkan gambar ICnya untuk menyatakan dia sah seorang rakyat Malaysia. Realitinya, berjuta2 rakyat Malaysia juga mempunyai IC!)

17. Jangan juga terpedaya dengan agreement yang dimatikan stem. Agreement 100 muka surat dan distem 100 kali pun tak bermakna jika pihak yang buat agreement itu tak dapat, tak mahu atau tak berdaya menunaikan apa yang telah dijanjikan.

18. Untuk mengaburi mata ‘pelabur’, ikon2 (e-hem) Highway Resources membuat berbagai claim, yang kadang2 bercanggah antara satu dengan lain. Ada ikon yang kata HGR adalah pelaburan (mengumpul dana), ada yang kata perniagaan (property, developer dan money exchanger) dan ada pula yang kata koperasi. Dengan membuat claim2 begini, senanglah mereka mengaburi mata ‘pelabur’. Bila ‘pelabur’ tanya mengapa tak ada ciri2 pelaburan (seperti yang saya sebut di atas), ikon jawab ianya ‘perniagaan’. Bila ‘pelabur’ tanya mengapa tak ada ciri2 ‘perniagaan’, ikon jawab ianya satu ‘pelaburan’! Bila kedua2nya tak boleh pakai, ikon jawab ianya berkonsepkan koperasi. Jadi salah satu jawapan itu mesti betullah macam tu!

19. Anyway, saya sudah periksa dengan Suruhanjaya Koperasi. Mereka menjawab mereka tak pernah dengar pun tentang Highway Resources atau HGR! (Anda boleh telefon sendiri Suruhanjaya Koperasi di 03-2083 4000 untuk mengesahkan situasinya.)

20. Sudah tentu akan ada ahli Highway Resources yang menyangkal semua poin2 di atas dan berkeras mengatakan program itu adalah betul kerana mereka mendapat pulangannya secara konsisten sudah beberapa bulan. Inilah jawapannya: PULANGAN WANG ITU DATANG DARIPADA AHLI BARU DAN TAMBAHAN PELABURAN OLEH AHLI LAMA. Itulah sebabnya Highway Resources boleh memberikan pulangan secara konsisten – kerana ahli mencurahkan wang ke dalam syarikat! Dalam kata lain, wang itu di-recycle-kan. Situasi ini TIDAK AKAN BERTERUSAN. Ianya akan berakhir apabila jumlah ahli berkurangan atau bila Highway Resources diserbu oleh Polis/BNM atau bila sistem computer Highway Resources kena hack atau pihak pengurusan menutup operasi (yang mana berlaku dulu).

21. Sebenarnya, banyak lagi poin yang boleh saya ketengahkan, tetapi saya rasa ini lebih daripada cukup untuk membuatkan saya curiga sampai ke tahap dewa akan operasi Highway Resources.

22. Sebelum mana2 pihak memberi komen, sila baca dulu post EXPOSE HELAH PENGUSAHA-PENGUSAHA SCAM bertarikh 14 Okt 2014, 16 TIPS UNTUK MENGENAL PASTI PELABURAN YANG VALID  bertarikh 26 Okt 2015 serta post-post tentang Pegasus Bullion, Emas ETA dan UFun/UToken (semuanya diawal tahun 2015) untuk hiburan anda.

23. Tolong jangan kata saya tak boleh komen atau post apa-apa tentang Highway Resources sebab saya bukan ahli dan oleh itu tidak faham sistemnya. Saya juga bukan ahli dan tidak ‘melabur’ dalam Skim Pak Man Telo, Swisscash, Genneva, Pegasus Bullion, Emas ETA, Mecca Fund dan UFun/UToken atau tetapi semua expose saya tentang scam2 ini betul belaka. (That’s 7 out of 7 correct, mind you.)

24. Conclusionnya? Saya mempunyai 1,001 keraguan tentang Highway Resources dan tak akan dekat sebatu dengannya. Saya tahu wang saya akan terbang melayang entah kemana jika saya menyertai scam ini! Jadi jika anda tak sabar2 nak menanggung kerugian dan kepedihan hati kena tipu, you know what to do!

25. Dan akhirnya untuk menyelamatkan masa dan tenaga ikon2 Highway Resources yang pasti tidak bersetuju dengan semua apa yang saya tulis ini, mereka bolehlah memilih salah satu daripada standard replies di bawah untuk menyangkal poin2 saya:

a) Azizi Ali tak berhak untuk buat komen sebab dia bukan ahli Highway Resources.
b) Azizi Ali tak faham konsep Highway Resources sebab (a).
c) Azizi Ali tak boleh komen sebab dia pakar hartanah semata.
d) Azizi Ali tersilap kerana dia tak faham yang Highway Resources adalah satu konsep ‘pelaburan’ yang unik dan baru dan berlainan daripada Skim Pak Man Telo, Genneva, ataupun UFun.
e) Azizi Ali PhD sebab tak boleh tengok orang Melayu lain jadi lebih kaya daripada dirinya! (FYI, inilah retort yang paling popular dikalangan para scammers!)

Klik LIKE dan SHARE supaya lebih ramai orang yang terbuka mata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

75 Replies to “Komen Azizi Ali Tentang Highway Resources ( Highway Group )

  1. ASB bukan pulangan tetap,pepandai je bwt2 pandai mcm tau bab2 investment ni..sengal xpyh la tunjukkan kesengalan tu..

  2. Kalau sistem ni recycled drp ahli ketika trrima hibbah…maka highway akan terus bergerak laju…cums leder group mesti psdtikan yg hibbah mesti recycled ke next level..tambah saraan bulanan..

  3. Kembalilah kepada rukun perniagaan dalam Islam:
    1. Ada penjual dan pembeli
    2. Ada barang yang dijual beli.
    3. Ada tanda yang ditetapkan.
    4. Ada akad jual beli.

    “Dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat”

    Disebut dalam Al-Quran

  4. Kembalilah kepada rukun perniagaan dalam Islam:
    1. Ada penjual dan pembeli
    2. Ada barang yang dijual beli.
    3. Ada tanda harga yang ditetapkan.
    4. Ada akad jual beli.

    “Dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat”

    Disebut dalam Al-Quran

  5. Kembalilah rukun perniagaan dalam Islam:
    1. Ada penjual dan pembeli.
    2. Ada barang yang dijual beli.
    3. Ada tanda harga yang ditetapkan.
    4. Ada akad dan qabul.

    Kembali kepada sistem perniagaan yang betul. Jangan nampak saja untung terus beri hukum masing-masing mesti rujuk pakar agama dulu.

  6. Betul dah tu Anak Nelayan..tapi ramai lagi yang masuk sebab berkehendak dengan duit orang..hehe

  7. btul ker bnda ne tipu?? kwn sy n fmly dia dh 5bln join…siap plan amber lg diorang ambik…ok jer msuk tiap bln 1k…tp, klu tipu pn, at least 4bln prtama, modal dh balik gk kn?? ??

  8. risikonya adalah bila leader xjujur..kalau fikir balik logik juga sistem highway ni..macam en Azizi ali cakap lah..masalah akan timbul apabila tiada lagi ahli menyumbang…tiada lagi sumber untuk memusing wang saraan apabila tiada ahli..konsep menaja dalam hihway ni perlu ada untuk memastikan group ni terus ada..tapi risiko sangat tinggi dalam highway ini..dan dengan keuntungan yang di beri terlau tinggi tu..memanag tak masuk akal..ada pro dan contra juga highway ni..

  9. Macam mana dgn program arba drp syarikat cwc yg mengeluarkn produk kopi pak belalang tu… minta pencerahan

  10. Skim pelaburan ke ape ape sekali pn..yg penting nilai la di sisi agama..ingat..kalo nk berjaya n berkat dlm ape jua sekali pn..cari rezeki yg halal..usaha yg gigih n make sure ape yg kite niagakn adalah nampak dr segi zahir..mksdnye..beli emas dapat emas..bukn labur duit beli emas..tp untung dpt tiap bulan..emas yg zahirnye x ada..bukan emas shje..malah ape jua brg yg nk di niagakn termasuk pelaburan…seperti..rumah..tanah emas n perak..dr situ semua lapisan msyarakat tidak akn tertindas..

  11. Itulah orang Melayu mudah ditipu..
    Kalau punca wang dah sah-sah samar.???.maka haram lah jawabnya.
    Kerja hakiki di ambil sambil lewa..skim highway pula sentiasa ada perjumpaan di kalangan ahli-ahli dalam waktu bekerja..fikir- fikirkan apa pula hukumnya..
    Tepuk dada tanya selera…

  12. Sabri Salman:
    As’salam & Selamat Pagi Ydh Dato Sri Pjsjk, Dato2, Tn2 & Pn2.

    OPERASI NURI 2 ( 2016 )

    PENIPUAN PELABURAN OLEH SYARIKAT HIGHWAY GROUP / RICH HERITAGE.

    MASTERMIND

    1. Dato Seri Zawawi b. Yas
    48 th. Alt. Tanah Merah,
    Kelantan.
    ( Pengasas )

    2. Dato Azir b. Abu Samah
    43 th. Alt. Shah Alam, Sel.
    ( Buka pasaran kpd
    Orang2 Cina di Penang ).

    ( Gelaran2 dibeli dari Tgku
    Chik, Perak ).

    Bil. Keahlian: 500,000 orang
    Kutipan: RM 35,000,000
    Tiada rekod pendaftaran yg teratur dan hilang kawalan.
    Mangsa kebanyakan guru dan artist.

    STRUCTURE

    Board Members
    District Supervisors
    Leaders
    Agents
    Members.

    ( A ) TANGKAPAN
    Pada 20/7/2016. Bahagian Operasi, Risikan, Teknikal, Jsjk Bukit Aman & Pksb & Amla, serta bantuan RO Melaka, Pahang, Kelantan, P/Pinang. Berjaya tangkap ( 14 ) Ahli2 Sindiket termasuk masterminds. 9 lelaki & 5 wanita.

    ( B ) SENARAI TANGKAPAN

    1. Dato Seri Zawawi b. Yas
    48 th. Alt. Tanah Merah,
    Kelantan.
    ( Peranan: mastermind )

    2. Dato Azir b. Abu Samah.
    43 th. Alt. Shah Alam, Sel.
    ( Peranan: mastermind
    Kegiatan di Penang ).

    3. Adlin bin Aman Ramlie
    44 th. Alt. Cyberjaya, Sel.
    ( Artist/ pelakon – Adik
    AR Badul. Anak Tompel )
    ( Peranan: Melindungi
    mastermind. Sediakan
    rumah dan kemudahan2
    lain.

    4. Ronzi bin Buang.
    47 th. Alt. Ketereh,
    Kelantan.

    5. Shahrul Azli b. Aibadillah
    38 th. Alt. Machang,
    Kelantan.

    6. Arkeh bin Jusoh
    46 th. Alt. Ketereh,
    Kelantan.

    7. Noraznita bt Abd. Rahmat
    40 th. Alt. Kuantan,
    Pahang.
    ( Peranan: Mengurus
    Akaun Syarikat Highway)

    8. Mohd Yuhanis b. Mustaffa
    30 th. Alt. Machang,
    Kelantan.

    9. Rilawati bt. Idris
    43 th. Alt. Durian Daun,
    Melaka.

    10. Rosmah kertini binti
    Abdul Rahim.
    39 th. Alt. Selangor.

    11. Che Esah binti Hussein.
    47 th. Alt. Tanah Merah,
    Kelantan.

    12. Quah Tiew Beng
    58 th. Lelaki Cina.
    Alt. Georgetown, Penang

    13. Catherine Gan Suat Yuen
    28 th. Wanita Cina.
    Alt. Wakaf Baru,
    Kelantan.

    14. Cheng Kit Chai.
    28 th. Lelaki Cina.
    Alt. Georgetown, Penang.

    ( C ) RAMPASAN

    ( 9 ) buah kereta di sita: Range Rover Evoque, Mercedis, Honda Accord, Volkswagen, Toyota Caldina, Toyota Prius, Toyota Vios, Proton.

    Nilai: Hampir Rm 1 Juta.

    Barang2 kemas, bag2 jenama utk sitaan db Amla.

    Sejumlah buku2 bank, kad2 bank, borang2 pelaburan, talipon, komputer.

    ( D ) KES2 SELESAI

    Laporan Polis 2016: 175
    KS/ IP di buka: 14
    Kerugian: Rm 10.5 Juta.

    ( E ) GAMBAR2 DI KEPILKAN.

    Makloman Ydh Dato Seri, Dato2, Tn2, Pn2. T/ Kasih

    TP RO

  13. isembahyang kat masjidil haram bersamaan 100000 kali ramai kata tak mampu n belum sampai seru lg!

  14. Niat sedekah sudahlah aman dihati.. nak menyalak2 salahkan orang itu ini. Boleh dapat balik duit? Ingat2 balik la diri sendiri yang cari masalah. Scammer datang nak duit. Kiblat dia duit.

  15. betul, saya dah tertipu dgn highway@union capitol, siapa yg join awal2 dapat la duit, tu pun duit dr ahli bawahan, bila ahli dh kurg, kami yg jd mangsa. ingatlah, bkn senang utk cari duit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *